Sabtu, 3 Mei 2014

Cara Menambahkan Ketinggian secara Semulajadi seperti Model


Tubuh yang tinggi lampai merupakan dambaan kaum wanita dan juga lelaki. Ketinggian menyebabkan seseorang itu kelihatan lebih menarik dan terserlah kecantikan atau pun ketampanannya. Selain itu, faktor ketinggian juga mampu meningkatkan keyakinan diri seseorang.



Menurut kajian, kadar pertambahan ketinggian seseorang adalah berbeza. Untuk memahami perkara ini dengan lebih lanjut, kita perlu mengetahui beberapa  faktor yang mempengaruhi ketinggian seseorang dan juga aktiviti yang perlu dilakukan untuk meningkatkan kadar pertumbuhan kita secara semula jadi.


Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips untuk menambah ketinggian secara semula jadi :

Pastikan mendapat kadar tidur yang mencukupi
Kajian memaklumkan bahawa badan kita membesar dan menghasilkan tisu ketika kita berehat. Tidur yang betul dan cukup adalah benar-benar penting dalam badan yang semakin meningkat.
Adalah dipercayai bahawa hormon pertumbuhan manusia dihasilkan secara semulajadi dalam badan kita semasa gelombang bunyi yang perlahan semasa tidur.
Di samping itu, mandi air panas sebelum tidur boleh meningkatkan kualiti tidur.

Cukupkan Gizi
Pastikan mendapat protein, lemak, vitamin (seperti vitamin A dan D) dan mineral (seperti zat besi, kalsium) yang mencukupi kerana sumber sumber ini sangat mempengaruhi proses pertumbuhan badan. Dalam kes ini, mungkin Vita-Lea dan ESP Shaklee dapat membantu memenuhi keperluan nutrisi yang dikehendaki oleh badan.

Lakukan senaman yang kerap dan aktiviti bersukan
Antara cara terbaik untuk meningkatkan ketinggian secara semulajadi adalah melakukan aktiviti fizikal yang sihat dan aktif seperti kanak-kanak.
Senaman dan aktiviti sukan boleh meningkatkan ketinggian. Apabila anda aktif , badan anda memerlukan nutrien yang lebih sihat dan kesannya, peningkatan dalam pengambilan nutrien dalam pertumbuhan. Perasan tak, pemain bola keranjang biasanya bertubuh  tinggi lampai dan jarang kita jumpa atlit 'basketball' yang bertubuh rendah.

Berenang
Aktiviti ini adalah cara yang terbaik untuk menambah ketinggian, kerana semasa berenang, seluruh badan akan mengalami peregangan dari badan sampai ujung kaki. Disamping itu, gerakan renang hampir melibatkan semua otot-otot tubuh.
Jika tidak tahu berenang memadai dengan melakukan aktiviti kayuhan berbasikal. 

Amalkan diet seimbang
Ia amat penting untuk mendapatkan nutrisi yang betul. Justeru itu, anda disarankan untuk menjauhkan diri daripada memakan makanan ringan. Badan anda memerlukan semua vitamin dan mineral untuk berkembang dengan ketinggian maksimum anda. Kepada anak-anak gadis, pastikan jumlah kalsium harian anda diambil dalam jumlah yang mencukupi bermula tarikh pertama anda datang bulan kerana, tumbesaran anda akan berhenti tiga tahun selepas itu. Jadi, jika jumlah kalsium yang anda peroleh tidak mencukupi, badan anda tidak akan membesar seperti ketinggian yang sepatutnya. Rugi kan? Dalam kes ini, saya cadangkan supaya anda mengamalkan OsteMatrix Shaklee supaya jumlah kalsium yang dapat diserap oleh badan anda benar-benar optimum. 

Amalkan gaya hidup sihat
Tabiat mengambil dadah, alkohol dan merokok pada usia muda bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan malah boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut serta menghalang badan dari mencapai ketinggian maksimum.Selain itu, pengambilan kafein harus dihadkan untuk memastikan mendapat tidur dengan nyenyak dan teratur.

Elakkan penggunaan ubat-ubatan yang mengandungi steroid kerana ia juga telah didapati mampu menghalang pertumbuhan tulang dan boleh menjejaskan ketinggian.

Berminat untuk dapatkan suplemen-suplemen di atas? Jom jadi ahli untuk mendapatkan diskaun menarik bagi setiap pembelian anda. Hanya RM75 @ RM85 untuk yuran pendaftaran. Maka sesudah itu, bersiap-sedialah untuk menikmati segala kemudahan yang diberikan kepada ahli berdaftar yang sah :-)

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221



0 comments:

Catat Ulasan