Rabu, 9 Oktober 2013

Tips Pengambilan Vitamin Shaklee

Assalamualaikum & selamat malam..hari ini merupakan hari yang sedikit stress bagi saya...minggu ni merupakan antara minggu terakhir untuk kami menghabiskan sukatan pelajaran & key-in markah PBS ke dalam sistem. So, minggu ni juga saya pulun habiskan semua aktiviti yang perlu diajar kepada anak-anak murid tercinta...di sekolah petang tadi seorang pelajar saya telah memecahkan termometer makmal secara tidak sengaja. Walhal saya sudah banyak kali berpesan pada mereka supaya berhati-hati. Merkuri dalam termometer sangat berbahaya dan harus dibersihkan dengan cermat sekali..semalam pun peristiwa yang sama berlaku..oh, my students..pls be extra careful OK? Tapi bukan ini yang saya nak huraikan malam ni...layannn..

Kali ini saya nak kongsikan panduan bagi mereka yang sedang mengambil vitamin Shaklee. Ramai yang bertanya dan keliru, kenapa bila consume Shaklee jadual makannya berbeza? Saya tak de masa, so kalau nak makan semuanya sekali gus boleh tak??

Sebenarnya, kami mengadakan jadual pemakanan yang eksklusif berdasarkan keadaan & kesesuaian pelanggan. Jadi, tidak hairanlah sekiranya jadual pemakanan yang disarankan adakalanya berbeza antara satu sama lain. Di sini adalah panduan umum yang boleh diamalkan jika anda sedang mencuba vitamin Shaklee.

Sebelum sarapan : ESP, Meal Shake, Cinch, Performance Drink
Selepas sarapan : Vita Lea, B Complex, Vita C, AJHT
Selepas makan tengahari : Alfafa, Lecithin, Omega, Carotomax
Sebelum makan malam: Zinc
Selepas makan malam : Omega Guard, Herb Lax, Alfafa, Lecithin
Sebelum tidur : Ostematrix, Vita E, Vivix, Collagen, GLA Complex

Namun, jadual di atas hanyalah cadangan untuk mendapatkan kesan optimum supaya berbaloi dengan nilai bayaran yang pelanggan keluarkan. 

Selain itu, terdapat beberapa tips berguna yang perlu diberi perhatian sekiranya anda mahukan kesan terbaik setelah mengambil suplemen Shaklee...ada juga pelanggan yang merungut, saya dah makan vitamin tapi badan masih lagi lesu & tidak bertenaga..mungkin juga khasiat vitamin tidak dapat diserap dengan sempurna akibat 'kesilapan' yang mereka lakukan. Jom semak...

  1. Ibu yang hamil dan menyusukan bayi kurang sesuai mengambil Vivix kerana ia boleh mengubah DNA & hormon. Ibu hamil dan menyusukan memerlukan hormon tertentu pada kadar yang tinggi dan hormon tertentu pada kadar sedikit. Pengambilan Vivix boleh mengganggu proses kehamilan & penyusuan.
  2. Ibu yang menyusukan juga tidak digalakkan untuk mengambil Cinch kerana Cinch mengandungi kandungan kalori yang rendah. Ibu menyusu memerlukan kalori yang banyak. ESP lebih sesuai bagi mereka yang menyusu.
  3. Penghidap SLE tidak boleh makan alfalfa kerana alfalfa mengandungi sejenis asid amino L-canavanine yang menyebabkan pesakit SLE menjadi keradangan.
  4. Ibu hamil tidak dinasihatkan mengamalkan alfalfa kerana alfalfa boleh induce kedatangan haid & menyebabkan keguguran.
  5. Penghidap Anemia tidak boleh amalkan alfalfa kerana ia boleh memusnahkan sel darah merah.
  6. Vita-Lea tidak boleh diambil bersama Ostematrix atau sebarang produk tenusu kerana kalsium akan menghalang penyerapan Iron.
  7. Vita-E tidak boleh diambil bersama Alfafa kerana alfalfa bertindak menghalang penyerapan vitamin E.
  8. Amalkan minum air kosong sebanyak 2-3 liter sehari untuk menambah daya serapan vitamin oleh badan.
  9. Pesakit Thalasemia tidak boleh mengambil Vita Lea kerana ianya mengandungi kadar Iron yang tinggi.
  10. Vita-Lea sesuai diambil bersama vitamin C kerana vitamin C akan membantu penyerapan iron dalam Vita-Lea.
  11. Vitamin bukan ubat, jadi tindakannya adalah perlahan dan lembut terhadap tubuh kita. Jadi, kita harus bersabar untuk mendapatkan hasil yang diharapkan.
  12. Jangan lupa berdoa kerana vitamin hanyalah ikhtiar...penyembuh datangnya daripada Allah.
Semoga artikel ini dapat membantu anda...selamat mencuba!
June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383

0 comments:

Catat Ulasan