Sabda baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata, “atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah SAW menjawab, “Juga untuk seorang.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara
saudara perempuan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Tidak ada bagi
sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan,
lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan
memasukkan mereka ke syurga.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang
maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan
memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan
baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Sesungguhnya
perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan
dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Daripada
hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib
memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak
perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa
mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan
oleh mereka.
Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis baginda
yang bermaksud, “Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara-perkara
yang berhubung dengan kaum wanita.” Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa
dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak
perempuan dan isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama
dan mematuhi perintah Allah SWT.
Pernahkah anda mendengar, kata
orang tua, ?menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga
anak perempuan seorang?? Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita
melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya
memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan
memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja.
Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya.
Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai
perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan
berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.
Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan
memberi faedah kepada ibu bapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan
secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi
beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat
kelak.
Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak
perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.
Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar
itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah
mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat
besar.{sumber}
assalam,
BalasPadambetul tu...
terima kasih Bunda ;-)
BalasPadam