Selasa, 1 Julai 2014

My Magic Book 2014

Assalamualaikum. apa khabar semua hari ini? Semoga semua pun OK-OK je kan. Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ketiga umat Islam berpuasa. Dan hari ini adalah 1 Julai 2014, ini menandakan bermulalah cabaran baru di bulan baru untuk warga Shaklee.

Untuk bulan ini, target saya lebih banyak daripada biasa. Jadi, saya harus buat sesuatu untuk mencapai segala impian yang saya nak buat tu. Maka saya berjanji dengan diri-sendiri untuk menulis dalam buku impian secara konsisten setiap hari. Tidak boleh tidak. Ini janji saya kepada diri sendiri. My magic book ni ah jadi macam 'nyawa' sayalah kiranya :))

Selain itu, saya juga bertekad untuk menulis Jurnal Kesyukuran setiap hari. Sebenarnya, untuk menjemput rezeki yang lebih banyak kita haruslah bersyukur dengan semua nikmat yang ada. Bayangkan sekiranya kita memberi hadiah kepada seseorang, tetapi orang itu langsung tidak berterima kasih malah dicemuhnya lagi adalah. Apa agaknya perasaan kita pada ketika itu. Sudah tentu kita tidak lagi berminat untuk memberikan hadiah kepadanya lagi pada masa akan datang.

Begitu jugalah dengan Allah. Allah akan sentiasa menambah nikmat kepada hamba-hambaNya yang pandai bersyukur. Ini sekadar analogi supaya lebih mudah difahami. Jadi, selepas ini kita haruslah melatih diri supaya sentiasa bersyukur hatta pada sekecil-kecil perkara pun. Insya Allah :-) Dengan bersyukur, jiwa kita juga akan menjadi lebih tenang dan bahagia. Percayalah :-)



Cukup setakat ini dulu cerita tentang buku magika saya. Apa yang penting, kuasa tindakan. Impian tanpa usaha tak akan membawa kita ke mana-mana pun. Saya mempunyai impian yang tinggi. Jadi saya kena mulakan sesuatu untuk mencapai impian tersebut. Bagaimana dengan kalian. Walau pun mungkin tidak banyak, pasti setiap daripada kita ada hasrat atau pun impian yang terpendam kan? Saya doakan semoga impian semua pembaca akan tercapai dengan mudah dan cepat. Insya Allah. Just do it!!!

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221


0 comments:

Catat Ulasan