Khamis, 10 Julai 2014

Set Kesuburan Shaklee untuk Suami Isteri Bahagia

Set Kesuburan untuk Isteri Cepat Hamil 

Set Kesuburan Shaklee untuk Dapatkan Cahaya Mata Idaman

Hurmmm....saya dah tiga empat tahun kahwin tapi masih belum ada rezeki nak dapat anak. Ibu mentua dan orang kampung dah mula sokseksoksek dok tanya-tanya. Ada pulak yang mulut celupar tu dok tuduh yang kita ni mandul. Sesedap rasa je cakap je. Dah tu, bila keluar berjalan, shopping ke kalau nampak wanita mengandung pulak, hati kecil mudah tersentuh. Bila agaknya turn aku? Lagi-lagi terasa bila member yang kahwin tahun yang sama dengan kita dah pun bersalin. Tak tahu di mana silapnya. Doktor pun dah sahkan bahawa aku dan pasangan mampu untuk dapat zuriat sendiri. Namun, rezeki belum lagi menyebelahi kami. Sedihnya dalam hati terpaksa ditelan sendiri. Hanya Allah dan suami tempat mengadu. 

Ada tak yang pernah mengalami situasi macam ni? Sedihkan? Saya cadangkan kalian cuba ikhtiar dengan Set Kesuburan Shaklee. Manalah tahu, ianya sesuai untuk korang dan pasangan. Semoga ada sinar seperti yang diharapkan.

Set kesuburan yang kami cadangkan hanyalah sebagai ikhtiar untuk hamil. Tidaklah dijamin 100% dengan mengambil set ini pastinya anda akan hamil setiap tahun!




Mari kita lihat maksud kesuburan itu sendiri. Perkongsian saya kali ini agak panjang lebar. Sekiranya kalian mampu bersabar selama bertahun-tahun untuk mendapat zuriat, pastinya anda juga mampu bertahan untuk membaca artikel ini sehingga habis....:-)

Takrif kesuburan :

Seseorang itu boleh dikatakan tidak subur jika : belum hamil setelah mencuba selama setahun tanpa sebarang kaedah perancangan keluarga. Faktor lain ialah perkahwinan jarak jauh, pernah menggunakan IUD atau pun memakai implan untuk jarakkan kehamilan. Biasanya badan akan ambil masa 3, 6, 9 bulan atau setahun untuk kembali subur. Selepas setahun dari tempoh tersebut, dan wanita itu masih belum hamil, barulah dikira sebagai tak subur.

Biasanya ketidaksuburan ini melibatkan :
35% daripada faktor lelaki
35% daripada faktor perempuan
20% faktor bersama lelaki dan perempuan
dan 10% lagi tidak diketahui punca sebenar ketidaksuburan boleh berlaku.

Mengapa masih gagal untuk hamil setelah berkali-kali mencuba?

Pihak isteri gagal untuk hamil jika proses reproduksi tidak berlaku dengan normal.
Sebenarnya, hanya ada tiga syarat utama untuk hamil : 


  1. Kena ada ovum yang sihat
  2. Kena ada sperma yang kuat
  3. Wajib ada sistem peranakan yang normal (wanita) supaya benih dapat disenyawakan.

Antara punca tidak subur : 

  1. Penyakit sistem peranakan wanita seperti Pelvic Inflammatory Disease (PID) & endometriosis
  2. Gangguan persekitaran pekerjaaan seperti radiasi, pencemaran logam berat di kilang, hospital. Kes sebegini mengambil masa untuk dikesan.
  3. Toksik dalam badan contohnya perokok. Pengambilan ubat-ubatan sintetik yang tidak larut dan akan mendak dalam badan. Bahan-bahan pencuci atau sabun di rumah juga ada mengandungi bahan kimia berbahaya. Jika digunakan dalam jangka masa panjang, ia boleh menjejaskan tahap kesihatan kita. Minyak wangi, lipstik juga mengandungi bahan kimia yang mungkin akan memberi kesan kepada tahap kesuburan kita.
  4. Diet atau pemakanan yang tidak seimbang akan memberi kesan kepada organ dalaman kita termasuklah kesuburan. Untuk membolehkan badan berfungsi dengan lebih baik, kita kena makan zat seimbang. Jauhi makanan segera dan minuman bikarbonat yang boleh menjejaskan kesihatan kita jika diambil secara berterusan.
  5. Berat badan berlebihan. Berat badan berkadar terus dengan hormon. Sedikit-sebanyak, ia akan mengganggu sistem reproduksi dalam badan kita. Mulalah terjadi masalah haid tidak teratur dan sebagainya.
  6. Terlalu aktif dengan aktiviti/ latihan fizikal. Kalau aktif sangat pun ia pasti akan mengganggu hormon dalam badan.
  7. Pertambahan usia. Semakin usia meningkat, tahap kesuburan semakin berkurang. Umur yang paling ideal untuk hamil adalah sekitar 18-27 tahun. Pada peringkat ini, peluang untuk hamil adalah sangat tinggi. Setelah mencecah usia 30-an ke atas, tahap kesuburan semakin berkurang. Dan, peluang untuk hamil juga makin rendah. Jadi, jangan bertangguh-tangguh dalam usaha untuk dapatkan zuriat sendiri.

HOW TO GET PREGNANT?


Kita harus mengenal pasti punca terlebih dahulu.
  1. Terdapat cyst, fibroid dalam rahim. Sesetengah tu ada yang sampai tahap perlu operate kerana sudah di peringkat serius. jangan risau sangat kerana ada juga yang boleh hilang dengan suplemen.
  2. segera dapatkan rawatan doktor jika berkaitan penyakit yang menyebabkan ketidaksuburan.
  3. Amalkan cara hidup yang lebih sihat. Biasakan diri untuk bersenam beberapa kali dalam seminggu.
  4. Pilih untuk jadi orang yang positif. Elakkan rasa kecewa dan putus asa. Jangan terlalu tertekan atau stress sebaliknya kena terus mencuba kerana tiap-tiap percubaan pasti meningkatkan kebarangkalian untuk hamil!

CADANGAN SET KESUBURAN SHAKLEE :


VITA-LEA ( Suami & Isteri ) :
  • Membekalkan keperluan asas 12 vitamin dan 9 mineral yang diperlukan oleh tubuh.
  • mengandungi asid folik yang boleh mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang bayi yang bakal lahir
VITAMIN C ( Suami & Isteri ) :
  • Boleh meningkatkan keinginan untuk melakukan hubungan seks/ libido
  • Bagus untuk melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas.
B COMPLEX ( Suami & Isteri ) :
  • Sangat penting dalam mengawal atur hormon dalam badan
  • Menukarkan makanan kepada tenaga untuk memberikan tenaga kepada sel.
  • Sel sperma yang bertenaga mampu berenang untuk bersenyawa dengan ovum.
  • Mengawal masalah tekanan yang boleh menjejaskan hubungan antara suami isteri.
  • Vitamin B6 mampu memanjangkan waktu subur wanita.
  • Vitamin B12 dikatakan dapat meningkatkan bilangan sperma lelaki @ memekatkan air mani yang cair
  • turut mengandungi asid folik yang boleh mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang bayi yang bakal lahir
ESP ( Suami & Isteri ) :
  • Mengandungi 9 asid amino perlu yang tak mampu dihasilkan oleh badan.
  • Sesuai untuk masalah rahim tak kuat. Orang sering gugur elok amalkan ESP.
  • Semua orang perlukan ESP kerana ESP mengandungi isoflavin yang boleh menggantikan fungsi Clomid kerana ia bertindak sebagai reseptor estrogen semula jadi 
  • Arginin (asid amino) yang sangat diperlukan oleh badan kerana ia bagus utk mengawalatur hormon dalam badan.
ZINC COMPLEX ( Suami & Isteri ) :
  • Bagus untuk lelaki kerana ia membantu proses penghasilan hormon testosteron.
  • Mampu menormalkan kitaran haid dan mematangkan telur
VITAMIN E ( Suami & Isteri ) :
  • Membantu penghasilan estrogen dan progesteron pada wanita.
  • digelar sebagai vitamin cinta kerana dapat meningkatkan libido dan keinginan seksual suami isteri.
  • Membantu proses persenyawaan berlaku.
  • Selenium dalam vitamin E meningkatkan pergerakan sperma kerana peratusan selenium yang ada dalam badan paling tinggi ada dalam air mani.
  • Sesuai untuk haid yang tidak teratur
  • Anti oksidan yang tinggi
  • Sesuai untuk masalah hormon yang tidak stabil, cyst, fibroid dan endometriosis
  • Membantu peningkatan mukus pada serviks ketika ovulasi yang sangat 'disukai' oleh sperma.
ALFALFA COMPLEX (Suami & Isteri ) :
  • Mengetatkan keintiman wanita (ala-ala Kacip Fatimah)
  • Mengurangkan toksin dalam badan
  • Membantu mengurangkan masalah keputihan pada wanita
  • Meningkatkan stamina suami isteri

COQHEALTH PLUS (Suami & Isteri ) :
  • Highly recommend! Sangat bagus untuk kesuburan kerana ia mengandungi koenzim Coq 10 yang diperlukan untuk memberi tenaga kepada sel.
  • Anti oksida yang tinggi bertujuan untuk melindungi sel daripada kerosakan akibat seranganradikal bebas yang berlaku setiap hari.
  • Sangat sesuai untuk orang yang telah berumur.
  • Menambahkan tenaga kepada sperma untuk persenyawaan.
  • Menyihatkan telur kepada mereka yang dah berusia.
Bagus untuk memperbaiki sel sehingga tahap DNA. Tapi vivix sahaja kurang cukup untuk meningkatkan tahap kesuburan. Jadi ia harus ditambah dengan suplemen yang sesuai mengikut keperluan badan masing-masing.




Akhir kata, setelah berusaha sehabis daya untuk hamil anak sendiri. Jangan lupa banyakkan meminta dan mohonlah kepada Allah supaya dipermudahkan anda dan pasangan untuk menimang cahaya mata sendiri. Semoga ada rezeki untuk kalian. Sama-sama kita doakan ya:-) 


Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221





0 comments:

Catat Ulasan