Isnin, 14 April 2014

Upah Terkini untuk Jahit Baju Mahal??

Sembang petang semalam dengan rakan-rakan sekerja sungguh mengejutkan saya. Biasalah, topik hangat menjelang bulam Ramadhan yang tinggal sebulan dua je lagi mestilah berkaitan dengan Raya! Baju raya dah ditempah ke belum...kain pasang yang cantik-cantik kat mana nak beli... Biskut raya nak tempah ke nak beli yang tunjuk-tunjuk ajeSeronok bercerita dan berkongsi pandangan. Alih-alih bila tiba bab nak menempah, tergezutla pulak.

Kawan saya cakap, upah baju kurung pesak gantung di Bandar Kota Bharu ialah RM45 sepasang! Kalau mini kurung RM65 manakala kebaya pula ialah RM80...habislah Mak Jemah, tak pakai baju barulah tahun ni...eheheeh! Kalaulah saya ni terer menjahit, nak jugak ambil tempahan...setidak-tidaknya, biarlah boleh menjahit baju sendiri pun dah OK.



Itu harga upah menjahit di Kota Bharu, Kelantan. Kalau di Bandaraya Kuala Lumpur pulak berapalah agaknya ye? Hurmmm...tak sanggup den nak mendengarnya. So, kalau korang berpeluang untuk belajar menjahit, dapatkan ilmu dan kemahiran sebanyak mungkin. Manalah tahu kalau-kalau suatu hari nanti korang berjaya menjadi tukang jahit profesional & hebat. Insya Allah.

Sekian, ceritera saya. Kalau berminat nak dapatkan vitamin untuk kesihatan optimum, hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221
                             

1 comments:

  1. Salam :) 1st time fiza kunjung kat sini. Kalau kat Sabah ni, aritu da survey2..makcik tukang jahit ckp upah baju kurung moden rm55. Huhu belum lagi yg mcm2 fesyen. Mungkin beli ready made je kot tahun ni. Huhu

    BalasPadam