Selasa, 17 Jun 2014

Kolesterol Boleh Membunuh?

Assalamualaikum w.b.t...


Bertemu lagi kita melalui medium online kali ini..semoga para pengunjung blog ini sentiasa berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Sekarang ni cuaca tidak menentu. Sekejap panas dan sekejap mendung..kadang-kadang tu suasana berjerebu pun boleh tahan. Keadaan macam nilah yang boleh membuatkan kita mudah diserang demam. Macam saya sendiri, sekembalinya dari percutian yang panjang ni, hampir tiga minggu tu... Badan pun terasa macam demam tak demam je...kejap-kejap panas, lepas tu elok balik... Mungkin disebabkan tak cukup rehat dan makan pun tak terjaga sangat. Satu masalah yang biasa saya alami ketika travel ialah, kurang minum air masak. Sebabnya, saya malas nak berhenti banyak-banyak kali semata-mata untuk ke tandas. Tak patutkan? Hihihhh...Sebab tu badan mudah nak terkena demam. 

Pulak tu, makan ikut sedap jer...pantang jumpa kedai mamak, saya order roti canai. Nasi lemak, lontong, asam pedas, mi rebus, mi bandung, pizza mahu pun pisang goreng semua saya tak tinggal. Berapa banyak kalori dan kolesterol yang masuk ke dalam badan tu... Korang tahu kan makanan kat negara kita ni antara makanan yang tinggi kolesterol.

Menurut kajian, dianggarkan satu per tiga daripada orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah boleh menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius. Sesiapa sahaja pun berisiko menghidap masalah kesihatan jantung dan penyakit kardiovaskular. Tapi, apa yang lebih membimbangkan, ramai individu yang LANGSUNG TIDAK MENYEDARI BAHAWA PARAS KOLESTEROL MEREKA TERLALU TINGGI!


Apa itu kolesterol?
Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan semua sel-sel badan. Ia merupakan komponen yang tubuh yang penting untuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.

Sumber Utama Kolesterol
Kolesterol dihasilkan secara semula jadi oleh hati dan ia juga boleh didapati melalui makanan yang kita ambil setiap hari. Kolesterol yang kita makan akan meningkatkan paras kolesterol dalam darah kita. Semua pun tahu, kandungan kolesterol yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.


Bagaimana Kolesterol Boleh Membunuh?
Terdapat dua jenis kolesterol utama dalam darah kita : 
  • LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah)
  • HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)

LDL dikenali sebagai kolesterol jahat kerana paras kolesterol yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis plak ( bahan melekit) dalam saluran darah kita. Plak ini akan menyumbat salur darah dan menyebabkan aliran darah tersekat dan ia boleh mengakibatkan serangan jantung atau angin ahmar.

HDL pula dikenali sebagai kolesterol baik kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah ke hati untuk disingkirkan. Tugasnya adalah untuk 'membersihkan' saluran darah.

Jika kita mempunyai kolesterol tinggi :
  • Risiko penyakit jantung akan meningkat sebanyak 15.6%
  • Risiko angin ahmar meningkat sebanyak 11%
  • Risiko yang lebih tinggi untuk tekanan darah tinggi, penyakit hati berlemak dan ketidakseimbangan hormon boleh menjejaskan fungsi seksual.

Jadi, untuk melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular, kita hendaklah mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dam paras kolesterol LDL yang rendah. Caranya? Saya akan kongsikan dalam entry seterusnya ya :-)

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga >_<. Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.


Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli dan berbisnes, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

0 comments:

Catat Ulasan