Rabu, 9 April 2014

Apabila Gambar Berbicara

Hari ini sekadar nak share gambar anakanda tercinta. Faris kini telah mencecah usia empat tahun pada 02.02.2014 yang lalu. Sekejap sangat masa berlalu...Semoga Faris membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh papa & mama.


Faris & Hanani Mac 2014
On the way pergi kenduri. Waktu ni dah lewat petang baru kami ke tempat kenduri akibat terlupa. Banyak sangat kenduri dalam cuti sekolah Mac yang lalu. Itu yang sampai hampir-hampir kami terlepas jemputan yang satu ini. Mujurlah tempat kejadian tak terlalu jauh dari rumah. Kalau tak, memang tak sempatlah nak sampai. Huhuu...Sampai-sampai jer ke tempat kejadian, pihak pengantin pun dah tak pakai baju pengantin lagi dah...siap menyingsing lengan nak cuci kawah dah....hihihhhh. 



Indahnya alamku. Tak tau kenapa, dari usia 2-3 tahun lagi, Faris memang minat sangat dengan alam. Kalau teman seusia sibuk dengan Lego, permainan Ultra Man, Power Rangers segala...tapi, Faris lebih suka main dedaun. Daun ubi, daun pisang dan segala macam jenis daun yang ada di tepi rumah Mak Tok boleh dijadikan mainannya...Gambar kat atas menunjukkan Faris sedang menemani Mat Tok membersihkan kawasan rumah di kampung. Bahagia sesangatlah tu dapat jejak tanah :-P

P/S : Bila nak kurus ni yang?

Gambar : Singgah di Pantai Batu Buruk selepas kenduri sehari sebelumnya. Sedang menunggu sarapan nasi lemak lauk telur sebelum bergerak balik ke kampung Mak Tok.
Waktu ni Faris tengah obses dengan kunci kereta. Even kereta Mama yang dah habis bateri alarm tu pun nak dikuncinya. So, Faris dah tau kunci kereta secara manual...nasib baik tak tau hidupkan jek.. Kalau tak...habislah saya...ehehhee..

 Love you Forever, Son!

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221


1 comments:

  1. hepi belated bufday dear faris azfar, smga mnjadi anak yg soleh amin :)

    *yup, mak ade bgtau faris sr minat pokok :)

    BalasPadam