Kebaikan Menyusukan Bayi Dengan Susu Ibu
Biasa kita dengar Doktor akan menyarankan kita untuk menyusukan bayi dengan susu ibu sehingga umur 6 bulan dan meneruskannya sehingga 2 tahun. Dalam Islam sendiri ada menyebut supaya bayi diberi susu ibu sama ada melalui ibunya sendiri ataupun ibu susuan sehingga bayi berumur 2 tahun.
Antara Kelebihan Bayi Menyusu Susu Ibu.
1. Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang serta mencegah kanser pada bayi.
2. Mengeratkan hubungan antara ibu dan anak.
3. Membantu menjarakkan kehamilan seterusnya.
4. Membantu pengecutan rahim selepas bersalin.
5. Membantu ibu mengekalkan bentuk badan seperti sebelum bersalin.
6. Membantu keluarga dari segi penjimatan kewangan.
Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak mengikut Islam.
1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.
5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
0 comments:
Catat Ulasan