Memaparkan catatan dengan label cara elak susu drop. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara elak susu drop. Papar semua catatan

Ahad, 22 Jun 2014

Cara Elakkan Susu 'Drop' ketika Berpuasa

Assalamualaikum w.b.t :-)

Kedatangan bulan Ramadhan sangat ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Mereka tidak sabar untuk mendapatkan ganjaran yang Allah berikan bagi mereka yang beramal dalam bulan yang barakah ini. Tapi, bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, pasti ada sedikit kerisauan takut-takut susu mereka akan berkurangan apabila berpuasa. Tambah pula, jika stok susu yang ada dalam simpanan tidak seberapa, ini pasti lebih membimbangkan. Sedihnya andai bayi kita tidak mendapat bekalan secukupnya apabila kita keluar bekerja.

Jadi, di sini saya ingin berkongsi beberapa tips penting untuk mengelakkan susu berkurangan akibat ibu yang berpuasa :



  1. Pastikan anda minum air 3-4 liter setiap hari. Sukat jumlah air yang diambil kerana adakalanya kita rasa yang kita dah minum banyak air. Tapi hakikatnya, tak sampai 2 liter pun air yang kita minum setiap hari. Apabila tak cukup air, macam mana susu nak dihasilkan dengan lebih banyak? Betul tak...
  2. Pastikan anda mengambil makanan lengkap ketika bersahur dan berbuka. Macam saya, saya lebih suka amalkan ESP, Meal Shakes dan Performance untuk bersahur. Tapi jangan lupa dapatkan makanan yang seimbang jugak ya walaupun sedikit. Pastikan ada ikan/ayam/daging, nasi/roti dan sayuran atau buah-buahan dalam hidangan anda. Ketika berbuka pula, Performance sudah jadi kemestian untuk saya.
  3. Ikut jadual perahan susu seperti biasa. Jangan skip sesi perahan susu setiap 3 jam sekali pada waktu siang. Pada sebelah malam, saya akan pam sebelum tidur dan selepas bangun tidur (sebelum bersahur). Jadual pam yang konsisten akan membantu pengeluaran susu yang lebih banyak. Korang ingat lagi tak rules DEMAND vs SUPLLY?
  4. Saya amalkan pengambilan suplemen. Saya pernah test, berpuasa tanpa suplemen sangat-sangat melesukan tubuh saya. Susu juga nampak lebih cair berbanding biasa. Jadi, bagi saya pengambilan suplemen sangat penting untuk menjadikan kita cergas & bertenaga. Saya amalkan B Complex, Vita-Lea, Alfalfa, Vitamin C, ESP dan Performance untuk kekal cergas. Susu juga kelihatan lebih creamy dan berkhasiat :-) Anak pun cepat kenyang. Alhamdulillah.
  5. Setelah semua usaha di atas telah anda buat, jangan lupa berdoa setiap kali mengepam supaya rezeki susu untuk anak dipermudahkan. Elakkan stress sewaktu mengepam. Walau pun mungkin dapat sedikit, tapi yakinlah bahawa ia memang cukup untuk anak anda. Insya Allah.
  6. Jangan putus asa. Amalkan tips di atas secara istiqamah. Ganjaran pahala menanti usaha murni yang anda lakukan.
Saya doakan semoga ibu-ibu sekalian berjaya mengharungi bulan Ramadhan dengan stok susu yang melimpah ruah dan meriah. Semoga berjaya!

P/S : Soal jawab tentang penyusuan di bulan puasa boleh baca di sini.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set penyusuan Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221




Khamis, 18 Julai 2013

Punca Susu Ibu Berkurangan dan Cara Mengatasinya

Sebagai ibu yang berhasrat untuk menyusukan, kita sudah semestinya akan berasa tertekan sekiranya susu badan tiba-tiba berkurangan. Macam saya dahulu, yang saya perasan setiap kali datang haid susu mula menunjukkan penurunan setiap kali sesi perahan. Sedikit sebanyak hal ini boleh merisaukan saya. Tapi saya mengambil langkah untuk tidak terlalu stress dengan keadaan itu kerana stress juga boleh menjadi faktor susu badan berkurangan. Di sini saya ingin berkongsi tentang 10 punca yang boleh mengurangkan susu ibu berkurang. Dah tahu punca, maka mudahlah untuk kita mencari penyelesaiannya :-)

1. Kekerapan mengepam (demand vs supply)
Kesibukan seringkali menjadi kekangan kepada ibu untuk mengepam. Jika sebelum ini, si ibu mampu mengepam 3-4 kali sehari di pejabat, pada hari-hari yang sibuk sesi mengepam boleh berkurang kepada 2-3 kali sahaja. Apabila kekerapan mengepam berkurang, maka signal akan menghantar isyarat ke otak bahawa keperluan untuk pengeluaran susu juga berkurang. Maka susu juga dihasilkan akan berkurangan daripada biasa. 




2. Cara penjaga bayi beri minum susu
Ingat balik teori demand = supply tadi. Macam agak tidak logik apabila dihantar kepada pengasuh je tiba-tiba baby minum lebih banyak dari supply. Mungkin juga ada yang tak kena pada cara si penjaga tu beri susu kepada baby. Mungkin juga situasi ini berlaku, asal bayi menangis sikit, terus beri susu. Padahal mungkin bayi menangis kerana inginkan perhatian tetapi bukan kerana kelaparan. Jadi, kita harus menerangkan kepada pengasuh cara yang betul untuk memberikan susu perahan kepada bayi. Setidak-tidaknya, beri jadual untuk bayi kita minum susu kepada pengasuh.

3. Cara ibu simpan susu perahan
Si ibu menjangka anak minum 10 oz, jadi dia akan hantar 2 botol susu dengan 5 oz setiap satu. Anaknya minum 4 kali di rumah pengasuh.. Lalu pengasuh tu panaskan sebotol setiap sesi minum susu. Tamat sesi kedua, alamak, dah habis! iya la, walaupun 10 oz, tapi ibu hantar 2 botol saja...
Penyelesaiannya : Simpan susu ikut keperluan bayi minum setiap sesi. Kalau tak dapat agak, simpam average 2-3 oz saja dalam satu container.



Sumber : Google

4. Out-station
Ketika terpaksa outstation, kadang-kadang ibu tidak berpeluang untuk membawa bayi bersama. Jadi, ibu kena tahu bahawa dia harus pam sebanyak 8-12 kali sehari. Ataupun sesi perahan hendaklah dibuat 2-3 jam sekali setiap hari untuk maintain milk production. Kadang-kadang ibu tak sedar tentang ini kerana biasanya bayi minum direct pada waktu malam…

Penyelesaian : Pam siang & malam setiap 2-3 jam. Tak penat ke? Kalau hendak seribu daya...


5. Keberkesanan pam

Macam benda-benda lain, pam susu ibu boleh hilang keberkesanannya apabila sudah lama dipakai. Misalnya valve jadi haus, longgar, etc. ini akan menyebabkan pam tersebut gagal untuk membantu ibu mengosongkan payudara sekosong-kosongnya.

Penyelesaian : Gunakan pam hospital-grade; lakukan kaedah Marmet selepas pam & pastikan  susu tidak keluar untuk kosongkan payudara.


6. Pengambilan ubat-ubatan 
Apabila sakit, jumpa doktor & doktor akan bagi ubat… jangan lupa untuk memberitahu doktor bahawa kita sedang breastfeed & minta dia beri ubat yang selamat untuk breastfeeding.

Penyelesaian : Ambil tahu tentang kesan ubat-ubatan terhadap penyusuan. Ada juga ubat-ubatan yang boleh mengurangkan pengeluaran susu. Akan tetapi, vitamin dan ubat adalah berbeza yer...ehemmm :-)


7. Pengambilan pil perancang
sesetengah pil perancang boleh mengurangkan susu.

Penyelesaian : Dapatkan nasihat pakar laktasi sebelum mengambil sebarang perancang keluarga.


8. Mengandung
Mengandung boleh mengurangkan susu.. kerana hormon estrogen & progesteron meningkat menyebabkan prolaktin ‘tertekan’ dan berkurangan.


9. Growth spurts
Apabila bayi mengalami growth spurts, harus dijangka perangainya akan berubah sedikit, dan tabiat menyusunya pun berubah. Mungkin jadi semakin demanding.

Penyelesaian : Sediakan stok untuk hadapi saat-saat begini & tambah sesi mengepam.


10. Stress!
Bila dah banyak kerja, atau bayi makin lasak, ibu mungkin jadi stress. stress boleh mengurangkan susu? Ya, kerana tubuh kita ‘sibuk’ buat benda lain dan ‘tak layan’ hormon-hormon penyusuan. Hehe...

Penyelesaian : Amalkan pemakanan sihat, minum air banyak, perancangan yang baik & teknik hypnobreastfeeding. 
sumber : mysuperkids.net



Semoga info di atas dapat menjadi panduan untuk ibu-ibu yang sedang berjuang menyusukan bayi mereka dengan susu badan mereka sendiri. Sesungguhnya, anda adalah ibu-ibu yang hebat kerana memilih hanya yang terbaik untuk bayi anda ;-)

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah. Kalau nak lebih jimat, jadilah ahli dan dapatkan penjimatan sehingga 15-20% mengikut jenis vitamin. Ketahui1001 kelebihan jadi ahli di sini.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221