Assalamualaikum w.b.t :-)
Kedatangan bulan Ramadhan sangat ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Mereka tidak sabar untuk mendapatkan ganjaran yang Allah berikan bagi mereka yang beramal dalam bulan yang barakah ini. Tapi, bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, pasti ada sedikit kerisauan takut-takut susu mereka akan berkurangan apabila berpuasa. Tambah pula, jika stok susu yang ada dalam simpanan tidak seberapa, ini pasti lebih membimbangkan. Sedihnya andai bayi kita tidak mendapat bekalan secukupnya apabila kita keluar bekerja.
Jadi, di sini saya ingin berkongsi beberapa tips penting untuk mengelakkan susu berkurangan akibat ibu yang berpuasa :
- Pastikan anda minum air 3-4 liter setiap hari. Sukat jumlah air yang diambil kerana adakalanya kita rasa yang kita dah minum banyak air. Tapi hakikatnya, tak sampai 2 liter pun air yang kita minum setiap hari. Apabila tak cukup air, macam mana susu nak dihasilkan dengan lebih banyak? Betul tak...
- Pastikan anda mengambil makanan lengkap ketika bersahur dan berbuka. Macam saya, saya lebih suka amalkan ESP, Meal Shakes dan Performance untuk bersahur. Tapi jangan lupa dapatkan makanan yang seimbang jugak ya walaupun sedikit. Pastikan ada ikan/ayam/daging, nasi/roti dan sayuran atau buah-buahan dalam hidangan anda. Ketika berbuka pula, Performance sudah jadi kemestian untuk saya.
- Ikut jadual perahan susu seperti biasa. Jangan skip sesi perahan susu setiap 3 jam sekali pada waktu siang. Pada sebelah malam, saya akan pam sebelum tidur dan selepas bangun tidur (sebelum bersahur). Jadual pam yang konsisten akan membantu pengeluaran susu yang lebih banyak. Korang ingat lagi tak rules DEMAND vs SUPLLY?
- Saya amalkan pengambilan suplemen. Saya pernah test, berpuasa tanpa suplemen sangat-sangat melesukan tubuh saya. Susu juga nampak lebih cair berbanding biasa. Jadi, bagi saya pengambilan suplemen sangat penting untuk menjadikan kita cergas & bertenaga. Saya amalkan B Complex, Vita-Lea, Alfalfa, Vitamin C, ESP dan Performance untuk kekal cergas. Susu juga kelihatan lebih creamy dan berkhasiat :-) Anak pun cepat kenyang. Alhamdulillah.
- Setelah semua usaha di atas telah anda buat, jangan lupa berdoa setiap kali mengepam supaya rezeki susu untuk anak dipermudahkan. Elakkan stress sewaktu mengepam. Walau pun mungkin dapat sedikit, tapi yakinlah bahawa ia memang cukup untuk anak anda. Insya Allah.
- Jangan putus asa. Amalkan tips di atas secara istiqamah. Ganjaran pahala menanti usaha murni yang anda lakukan.
Saya doakan semoga ibu-ibu sekalian berjaya mengharungi bulan Ramadhan dengan stok susu yang melimpah ruah dan meriah. Semoga berjaya!
P/S : Soal jawab tentang penyusuan di bulan puasa boleh baca di sini.
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)
Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.
Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set penyusuan Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :
June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221
0 comments:
Catat Ulasan