Pada tahun ini, guru-guru sesi petang di sekolah saya ramai pula yang hamil. Kebetulan pula, jarak kehamilan tidak terlalu jauh. Jadi, seorang demi seorang terpaksa meninggalkan sekolah dan bercuti panjang kerana melahirkan. Dari kalangan enam orang guru yang telah hamil, tiga orang telah pun selamat melahirkan bayi lelaki dan perempuan yang sangat comel. Dan yang paling menggembirakan saya, seorang daripada ibu bayi tersebut telah memilih untuk menyusukan bayi secara eksklusif selama 6 bulan pertama. Beliau juga berhasrat untuk melanjutkan tempoh penyusuan selama dua tahun. Alhamdulillah! Saya bangga dengan hasrat beliau. Saya seorang yang sangat menyokong penyusuan susu ibu. Seboleh-bolehnya saya akan bantu sekiranya rakan saya ini memerlukan.Jadi, sedikit sebanyak saya berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman yang saya ada selama menyusukan Faris selama 2 tahun empat bulan tempoh hari. Bayi ini merupakan anak kedua beliau. Anak sulung tidak lama menyusu badan akibat salah faham bahawa susunya tidak banyak.
Macam saya dahulu pun, susu tidaklah semeriah mana. Namun saya gigihkan diri untuk mengepam setiap tiga jam sekali. Saya juga mengepam susu setiap kali selesai menyusukan Faris. Saya mahu 'breast' benar-benar kosong supaya otak akan hantar signal bahawa lebih banyak susu diperlukan oleh badan.
Selain itu, saya langsung tidak menyediakan susu formula di rumah. Beli pun tidak. Kalau ada kemudahan susu formula di rumah, saya bimbang saya akan memilih jalan mudah untuk memberikan susu formula kepada Faris apabila dia menangis. Adakalanya, bayi menangis bukanlah disebabkan dia kelaparan. Mungkin juga dia memerlukan perhatian dan masih belum dapat membiasakan diri dengan dunia luar.
Kalau ikutkan, penat memanglah penat. Tapi apabila memikirkan bayi sangat memerlukan susu ibu jadi saya seperti mendapat kekuatan untuk teruskan penyusuan ibu. Bagi saya, dua tahun pertama yang sangat penting dalam sejarah kehidupan manusia haruslah bermula dengan susu ibu!
Selama tempoh dua tahun, acap kali juga saya mengalami fasa turun naik dalam dunia penyusuan. Apabila difikirkan kembali, tak sangka kot saya mampu bertahan sehingga lebih dua tahun.
Apa sebenarnya yang menyebabkan susu badan berkurang?
- Ibu sering tertekan ~ tekanan boleh mempengaruhi pengeluaran susu badan.
- Kurang stimulasi ~ ibu tidak @ kurang mengepam susu apabila berada di tempat kerja
- Ibu sedang berdiet dan mengehadkan pengambilan makanan berkhasiat setiap hari.
- 'Breast' tidak dikosongkan sekerap mungkin.
- Tiada jadual pengepaman yang teratur.
- Ibu datang bulan.
Tips menambahkan susu badan. Antara tips yang boleh dicuba untuk menambahkan susu badan :
- Power pumping ~ merupakan satu kaedah yang dikatakan sangat membantu untuk meningkatkan pengeluaran susu badan dengan meniru gaya 'cluster feeder'.
Kaedah : Masa diperlukan = satu jam. Boleh dibuat 2-3x sehari.
- Double pumping = > 10 minit pam, 10 minit rehat ulang dalam masa sejam
- Single pumping = > 5 minit pam kanan, 5 minit pam kiri, 5 minit rehat ( dalam masa sejam)
- Info lanjut tentang POWER PUMPING ada di sini.
2. Kerapkan mengepam susu pada waktu malam ~ Pada waktu malam, hormon prolaktin akan meningkat secara semula jadi. Kita digalakkan untuk banyakkan mengepam pada waktu malam kerana susu dapat dihasilkan dengan lebih banyak.
3. Kosongkan payudara setiap 3 jam sewaktu sedang bekerja ~ lagi kerap payu dara dikosongkan, lagi banyak susu dapat dikeluarkan.
4. Pam dengan lebih lama ~ kalau biasanya anda mengepam selama 15 minit, cuba tambah lagi 15 minit. Mana tahu, akan dapat rasa 'let down'..masa ni susu akan keluar dengan lebih banyak.
5. Rangsang payu dara sebelum mula mengepam ~ urut payu dara dengan urutan membulat dari pangkal hingga ke puting menggunakan tangan perlahan-lahan. Sambil tu bayangkan susu keluar mencurah-curah seperti air hujan. Jangan abaikan kuasa minda di bawah sedar anda. Hasilnya adakala tidak terjangka! Meriah gitu...
6. Tatap gambar bayi @ fikirkan perkara yang buat kita rasa gembira ~ tips ini juga mampu meggalakkan penghasilan susu badan.
7. Amalkan pemakanan yang berkhasiat ~ badan memerlukan zat yang mencukupi untuk mengekalkan tahap kesihatan. Jika protein, kalsium dan zat lain tidak mencukupi, mana mungkin pengeluaran susu dapat dihasilkan dengan lebih banyak.
8. Jika tidak mampu untuk mengamalkan pemakanan seimbang setiap hari, anda boleh memilih suplemen Shaklee yang semula jadi untuk bekalkan khasiat terbaik kepada tubuh anda. Set tambah susu badan daripada Shaklee.
Klik sini untuk lebih info : Set 3 M
9. Amalkan zikir Ya Matin banyak-banyak kali sewaktu mengepam susu dan anda juga boleh amalkan doa seperti di bawah :
Jadilah ahli sekarang untuk membeli vitamin pada harga ahli. Penjimatan sehingga 15-20% atas setiap jenis vitamin. Wowww, banyak kan? Juga, ketahui kelebihan jadi ahli di sini.
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga >_<.
Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.
Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :
June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221
0 comments:
Catat Ulasan