Set penyusuan Shaklee semakin mendapat tempat dalam kalangan ibu-ibu yang berhasrat untuk menyusukan anak. Mereka tidak teragak- agak untuk memilih Shaklee kerana setiap kali 'Google' tentang set tambah susu ibu, page Google ternyata dipenuhi dengan cerita tentang Shaklee...saya sendiri pun berkenalan dengan Shaklee melalui info daripada internet..saya di Kelantan, tetapi pengedar yang menjual Shaklee kepada saya berada di Sarawak..sungguh mudah! Dan saya juga hanya bermula dengan set bajet, sajalah nak test market...kot2 la tak serasi, jadi tak delah rugi sangat...tapi ternyata selepas itu saya berpuas hati & terus membeli Set Penyusuan Optimum untuk kesihatan diri saya dan anak :-).
Set penyusuan bajet diperkenalkan bagi memberi peluang kepada semua ibu untuk mencuba vitamin Shaklee..ianya terdiri daripada Energising Soy Protein dan alfalfa...khasiat yang diperoleh setelah menggunakan set ini ialah si ibu akan lebih cergas bertenaga, susu akan bertambah meriah, ....dan kulit ibu dan bayi juga makin lama menjadi semakin halus dan gebu!
Mari kita rungkaikan khasiat ESP dan alfalfa satu persatu...
Kebaikan Energising Soy Protein Shaklee (ESP) :
1. Kulit makin cerah, gebu dan berseri-seri
2. Memudarkan kesan parut pada wajah dengan cepat (protein menghasilkan sel baru yang lebih sihat)
3. Menjadikan ibu lebih bertenaga dan tidak cepat letih
4. Mengenyangkan, jadi ESP sesuai bagi ibu menyusu yang ingin berdiet
5. Membantu penyerapan vitamin lain dengan lebih baik jika diambil bersama ESP
6. Memekatkan susu ibu dan bayi cepat kenyang, jadi senanglah ibu nak pam susu untuk dibuat stok
7. Meningkatkan sistem imun ibu dan bayi yang disusukan dengan susu ibu
8. Mengandungi 9 jenis asid amino penting yang tidak mampu dihasilkan oleh badan
9. Mengurangkan masalah rambut gugur
10. Menjadikan ingatan lebih kuat
Kebaikan Alfalfa :
1. Milk booster
2. Membantu untuk membuang toksin dalam badan
3. Membantu mengurangkan masalah keputihan
4. Mengurangkan masalah bau badan
5. Mengurangkan kesan alergi atau resdung
6. Membantu masalah penghadaman@ mengurangkan sembelit
7. Merawat asthma
8. Mengurangkan kolesterol dalam darah
9. Bertindak seperti kacip fatimah & menjadikan hubungan intim lebih hangat... (syy, diam-diam jer tau...)
10. Meneutralkan asid dalam badan kerana alfalfa sangat beralkali
11. Merawat masalah gastrik
12. Melegakan sakit sendi dan belakang bagi ibu-ibu menyusu
Dengan adanya set penyusuan bajet ini diharap agar semua ibu berjaya menyusukan bayi mereka secara eksklusif selama dua tahun.. Jangan lupa juga untuk mendalami ilmu tentang penyusuan susu ibu. Khasiat susu ibu tiada tandingannya, percayalah!
June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383
0 comments:
Catat Ulasan