Isnin, 26 Mei 2014

Cuti Sekolah Dah Tiba!

Assalamualaikum w.b.t...

Hari ini teman-teman guru di sekolah semuanya ceria belaka. Pagi tadi sekolah kami mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah. Tema kami tahun ini adalah hitam putih. Sekali pandang macam orang berkabung pun ada coz ramai yang memilih untuk berbaju hitam dan bertudung putih. Tapi ada juga yang kurang menepati tema. Tak kisahlah kan...janji happening, jangan pening sudahlah.



Esok, saya akan kembali ke kampung untuk bercuti di sana selama 3-4 hari. Selepas itu, kami akan meneruskan perjalanan kami untuk pulang ke Melaka. Tapi sebelum tu, kami akan singgah di Penang terlebih dahulu untuk melihat tempat Papa Faris yang sedang sambung belajar. Ala-ala spot check la konon..hihihhh. Saya rindu sangat nak ke Penang coz saya dulu-dulu belajar di sana. Empat tahun gitu...lamakan? So, banyaklah tempat makan yang saya nak pergi. Antara tempat makan kegemaran saya ialah Sany Char Kuay Teow, Kayu Nasi Kandar...Nasir Nasi Ayam, Awet Muda...ikan bakar di Teluk Tempoyak...Sea Gate...cukup ke dua hari ni?


Mengikut rancangan, kami akan berada di Penang selama 2 hari sahaja memandangkan masa terlalu suntuk. 1 Jun kami akan menghadiri kelas anjuran nenek Shaklee saya di Kajang pula.
Habis sahaja kelas di sana, saya akan bergegas pulang ke Melaka untuk bercuti di rumah ibu mentuaku. Kami akan berada di sana sehingga cuti sekolah tamat. Adalah on-off ke Muar untuk melawat nenda sebelah suami dan 8 June, saya akan ke KL coz ada event yang sangat2 penting dalam sejarah hidup saya! Tak sabar nak menantikan detik itu berlaku :-)

Esok dah nak balik, tapi barang satu apa pun belum berkemas. Packing baranglah yang paling saya tak minat...tolong saya kemas jom....! Apa pun, saya ucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar & guru. Kerja rumah jangan lupa buat yer...kami yang Cikgu ni pun dah dipesan siap-siap untuk siapkan tugasan yang dibekalkan. Ingatkan kami boleh bercuti sepuas hati...tapi ada jugak kerja yang diberi...eheheh! Apa nak buat, kami redha jelah...dah namanya kerja..yer tak?


Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga >_<.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

0 comments:

Catat Ulasan