Dua hari ni tekak terasa sangat perit. batuk-batuk kecil dah mula kedengaran. Makin ditahan makin menjadi.
Saya cuba bertahan untuk tidak ke klinik. Risau pula kalau doktor bagi MC dan suruh saya berehat. Lagi pun, saya cuba mengelak daripada makan ubat.
Apa yang saya lakukan untuk mengurangkan batuk, selsema dan demam ringan ni adalah dengan mengambil dosage vitamin lebih banyak berbanding hari biasa.
Selama bercuti saya tidak membawa multivitamin, iaitu Vita-Lea pulang ke kampung. Macam mana saya boleh tertinggal botol vitamin kesayangan tu pun tak tahulah. Mungkin suasana hari terakhir persekolahan yang agak kalut berbanding biasa kot.
Kali ini suami yang dapat menjemput, jadi saya perlu cepat untuk ikut masa yang suami tetapkan. Tak seronoklah kalau buat si dia menunggu terlalu lama.
Bagi saya, makan Vita-Lea mampu mengurangkan risiko daripada kerap jatuh sakit. Itu yang saya perasan kerana dah berbulan-bulan saya tak demam! Alhamdulillah..
Vitamin untuk Mengurangkan Demam, Sakit Tekak dan Batuk
Performance sangat membantu untuk mengurangkan suhu badan saya yang panas.
Saya ambil Vitamin SR yang telah dipatahkan dua kali sehari untuk meredakan sakit tekak.
Garlic juga saya gandakan pengambilan sebagai alternatif untuk antibiotik.
Nutriferon adalah agen imunisasi terbaik. Tapi sayangnya stok yang ada dah makin susut....harapnya cepat-cepatlah stok baru sampai.
Vita-Lea dan B Complex adalah wajib untuk saya bagi mengelakkan kelesuan melampau akibat demam. Tak adalah asyik tak ada mood je kan.
0 comments:
Catat Ulasan