Selasa, 23 September 2014

Kebaikan Basic H yang Saya Suka

Siang tadi saya dok belek-belek buku Product Guide Shaklee yang terkini. Baru sahaja saya order dari HQ, dalam masa tiga hari buku tu dah sampai. 

Saya nikan..semakin banyak dapat info tentang Shaklee, semakin jatuh cinta...teruk betullah SID Shaklee ni kan...dengan produk pun boleh jatuh cinta. Serius cakap, kebanyakan daripada kami menyertai Shaklee kerana berpuas hati dengan keunggulan produknya. 

Kalau korang kurang percaya, silalah cuba sendiri produknya. Jika terjebak, jangan salahkan saya pulak ye :-P

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit fakta tentang Basic H.

Basic H merupakan sabun pencuci biorosot  sejak tahun 1960 lagi. Ini menjadikan Shaklee sebagai syarikat yang pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral bagi mengimbangi pengeluaran gas rumah hijau. Shaklee bertanggungjawab dalam mencipta produk yang benar-benar selamat untuk anda, rumah anda, dan juga bumi yang kita diami.


Tips penggunaan Basic H



Dalam beberapa tahun yang lalu, jualan sabun pencuci Basic H yang menjimatkan ini dikatakan berjaya menghapuskan penggunaan botol-botol pencuci jenama lain yang mampu mengelilingi Bumi sebanyak 18 kali!!!!



Basic H diperbuat daripada bahan semulajadi seperti hampas kelapa dan jagung. Ramuan ini bukan sahaja selamat dan tidak bertoksik. Ia sangat diformulasikan tanpa bahan kimia berbahaya dan hanya beberapa titis diperlukan untuk memberikan hasil cucian yang sungguh menakjubkan!

Selain selamat untuk diri dan keluarga, saya juga sukakan Basic H kerana ia tidak perlu dibilas. Cukup dengan sekali lap, ia meninggalkan kesan berkilauan dan bersih yang sukar dipercayai!

Tak percaya? Jangan risau...dulu pun saya macam anda jugak...ada ke patut mop lantai dengan sabun tapi tak perlu dibilas...tak licin ke lantai tu?

Kalau tak bagi peluang pada diri-sendiri untuk cuba, memang rugilah kan...lagi pun kalau tak bagus, masakan ciptaan sejak tahun 60-an masih bertahan hingga sekarang....dah 54 tahun tu...


Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

0 comments:

Catat Ulasan