Tiga hari bercuti ke JB, blog pun tak sempat nak update...ampun ye buat semua pembaca setia blog ni... dalam bercuti ni terasa macam nak kena sakit tekak pun ada. Mungkin kurang air kosong agaknya.. Lepas ni kena telan 2 biji vitamin C terus. Harapnya sakit tekakku segera berlalu...doakan yek!
Mmmm, bila sebut vitamin C, rasanya budak kecil yang belum sekolah pun dah tahu apa itu vitamin C. Waktu kecil dahulu, saya sangat gemar makan vitamin C yang dibekalkan oleh doktor ( ketika selsema biasanya ) kerana rasanya yang masam-masam manis. Tak cukup sebiji, siap minta tambah lagi tu..hahahaaa.. Rupanya banyak khasiat vitamin C ni sebenarnya. Lebih-lebih lagi jika ianya diperbuat daripada 100% bahan-bahan semulajadi. Jom kita kaji tentang vitamin C Shaklee...apa yang istimewa sangat tentangnya? Sehinggakan mereka yang telah mencuba vitamin C Shaklee biasanya akan terus setia menggunakannya dan tidak akan bertukar jenama lagi kerana berpuas hati dengan hasilnya :-)..
Kebaikan vitamin C Shaklee :
- Dibebaskan berdasarkan pelepasan masa, time released..ia hanya diperbuat daripada bahan semula jadi tanpa bahan pengawet. Oren yang ditanam tanpa menggunakan racun & baja kimia.
- Bioflavonoid dalam vitamin C membantu vitamin C jadi lebih aktif..Macam vitamin E, ia kena ada selenium untuk bertindak balas dengan lebih aktif begitulah dengan vitamin C yang memerlukan bioflavonoid untuk memainkan peranan yang dengan lebih baik.
- Kita tidak lagi memerlukan ubat daripada klinik sekiranya demam ataupun selsema. cukup hanya dengan memakan 2 biji vitamin C Shaklee. Tapi ada petua jugak kalau nak makan...teringin nak tahu? Rahsia ini hanya untuk customer saya je tau :-)
- Maksud Sustained release tu,vitamin C akan dilepaskan untuk diserap oleh badan secara berperingkat. Contohnya, untuk vitamin 500mg, setiap 1 jam,100mg vit C akan dibebaskan untuk keperluan badan kita.
- Vitamin C lain tak ada pun yang Sustained Release. Kenapa susah-susah pulak Shaklee nak cipta time released?
Sebabnya vitamin C hanya dapat diserap dengan baik oleh badan pada dos yang rendah. Semakin tinggi dos vitamin C, semakin sedikit zat yang dapat diserap. - Vitamin C ini dihasilkan bersama-sama bioflavonoids complex! Bioflavonoid ini adalah antioksidan yang sangat superb yang hanya boleh didapati dari buah-buahan asli. Jadi, bioflavonoid sememangnya tidak wujud dalam vitamin C sintetik. Bahan ini mempunyai fungsi yang spesifik untuk meningkatkan kesihatan badan dari pelbagai sudut. Bioflavonoids complex ini menyokong pertumbuhan sel yang sangat baik, untuk kesihatan jantung, dan juga untuk alzheimer.
- Pelepasan dalam masa 5 jam tetapi vitamin C akan kekal dalam darah sehingga 12 jam. Walaupun ia larut air tapi bukan bermakna sebaik sahaja vitamin C larut dalam badan ia terus dikeluarkan. Vitamin C akan berinteraksi dulu dengan sel badan sebelum dikeluarkan daripada badan.
- Anda nak tahu fakta menarik tentang vitamin C? Sebenarnya, badan kita tidak boleh menyimpan vitamin C tapi ia akan digunapakai terlebih dahulu sebelum dibuang. Pengambilan sebiji vitamin C Sustained Release adalah bersamaan kita makan 7.5 biji oren selama 5 jam. Kita akan mendapat khasiat vitamin C selama hampir 12 jam kerana vitamin C dilepaskan ke dalam badan sedikit demi sedikit
0 comments:
Catat Ulasan