Ahad, 21 September 2014

Cerita-ceriti Ketika Cuti Sekolah

Hari ni merupakan hari kedua persekolahan bagi negeri-negeri di Pantai Timur. Kami telah bercuti selama seminggu sempena cuti Pertengahan Penggal Kedua. Agenda waktu cuti sekolah baru-baru ni ialah Family Day SMK Bandar Chiku. Selebihnya adalah aktiviti biasa-biasa aje.

Last week saya mengerjakan kebun kecil di belakang rumah Emak. Punyalah geram bila tengok rumput yang dah mula panjang. Nak harapkan Emak kemaskan belakang rumah tu memang taklah... manalah larat kudrat seorang warga emas nak membersihkannya.

Ihsan Google

Jadi, saya dengan rajinnya meringankan diri untuk membersihkan semak-samun di belakang rumah. Hari pertama, berjam-jam saya berada di kebun tu. Sampai tengah hari jugalah. Cuaca pulak redup-redup sahaja lagilah seronok sehinggi tak sedar matahari dah meninggi.

Nyamuk dan agas berebut mengekori saya. Tapi saya dah buat persediaan awal. Pakai baju long sleeves, berseluar panjang dan bertudung litup lagi tu. Kaki je tidak berkasut. Jadi, kaki sayalah yang menjadi tumpuan gigitan nyamuk. Sempat jugak saya digigit dua ekor pacat....

Semua dugaan kecil tu tidak mematahkan semangat saya untuk membersihkan kebun. Seronok sangat bila tengok kawasan belakang rumah Emak yang semakin kemas. Maka saya pun berazam untuk meluaskan kawasan jajahan saya keesokan harinya. 

Hari kedua, saya bangun pagi-pagi dengan bersemangat. Sebelum tidur malam saya dah telan siap-siap Ostematrix supaya badan tak terasa lenguh atau sakit urat akibat terlebih bekerja di siang hari. Alhamdulillah hasilnya berlaku seperti yang saya harapkan.

Masuk hari ketiga, badan saya dah mula rasa tak sedap. Nak kata demam tak demam. Sesekali bila kurang sihat tu barulah terasa betapa nikmatnya kesihatan. Betul tak? Moral of the story, nak buat apa-apa pun biarlah berpada-pada. Dahlah lama tak bersenam. Sesekali bila dapat cangkul, mulalah berkebun tak ingat dunia...hihihhhh...


Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :



June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

0 comments:

Catat Ulasan