Memaparkan catatan dengan label kegunaan Basic H. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kegunaan Basic H. Papar semua catatan

Selasa, 23 September 2014

Kebaikan Basic H yang Saya Suka

Siang tadi saya dok belek-belek buku Product Guide Shaklee yang terkini. Baru sahaja saya order dari HQ, dalam masa tiga hari buku tu dah sampai. 

Saya nikan..semakin banyak dapat info tentang Shaklee, semakin jatuh cinta...teruk betullah SID Shaklee ni kan...dengan produk pun boleh jatuh cinta. Serius cakap, kebanyakan daripada kami menyertai Shaklee kerana berpuas hati dengan keunggulan produknya. 

Kalau korang kurang percaya, silalah cuba sendiri produknya. Jika terjebak, jangan salahkan saya pulak ye :-P

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit fakta tentang Basic H.

Basic H merupakan sabun pencuci biorosot  sejak tahun 1960 lagi. Ini menjadikan Shaklee sebagai syarikat yang pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral bagi mengimbangi pengeluaran gas rumah hijau. Shaklee bertanggungjawab dalam mencipta produk yang benar-benar selamat untuk anda, rumah anda, dan juga bumi yang kita diami.


Tips penggunaan Basic H



Dalam beberapa tahun yang lalu, jualan sabun pencuci Basic H yang menjimatkan ini dikatakan berjaya menghapuskan penggunaan botol-botol pencuci jenama lain yang mampu mengelilingi Bumi sebanyak 18 kali!!!!



Basic H diperbuat daripada bahan semulajadi seperti hampas kelapa dan jagung. Ramuan ini bukan sahaja selamat dan tidak bertoksik. Ia sangat diformulasikan tanpa bahan kimia berbahaya dan hanya beberapa titis diperlukan untuk memberikan hasil cucian yang sungguh menakjubkan!

Selain selamat untuk diri dan keluarga, saya juga sukakan Basic H kerana ia tidak perlu dibilas. Cukup dengan sekali lap, ia meninggalkan kesan berkilauan dan bersih yang sukar dipercayai!

Tak percaya? Jangan risau...dulu pun saya macam anda jugak...ada ke patut mop lantai dengan sabun tapi tak perlu dibilas...tak licin ke lantai tu?

Kalau tak bagi peluang pada diri-sendiri untuk cuba, memang rugilah kan...lagi pun kalau tak bagus, masakan ciptaan sejak tahun 60-an masih bertahan hingga sekarang....dah 54 tahun tu...


Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Selasa, 19 Mac 2013

Kegunaan Basic H Shaklee yang Tak Ramai Orang Tahu!

Assalamualaikum w.b.t..
Basic H merupakan pencuci serba guna keluaran Shaklee yang tak perlu diperkenalkan lagi. Ia merupakan antara best seller di sini..diperbuat daripada bahan semula jadi seperti sisa kelapa dan jagung. Terdapat 1000 kegunaannya.. sungguh... belum cuba belum tahu..saya dahulu pun tak percaya dengan keajaibannya..setelah mencuba sendiri baru terbukti berkesan. 

Suami saya juga sangat sukakannya...beliau menggunakan basic H untuk mencuci kereta..wow!super duper berkilat, macam baru lepas polish jer.hahah..macam saya pula, basic H sangat-sangat membantu tatkala anak demam di tengah malam...lapkan air yang dicampur 3-4 titik basic H pada badan anak, alhamdulillah suhu badannya cepat turun. Demamnya pun cepat kebah :-)





BIL
KEGUNAAN
CARA
1.
Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
2.
Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
3.
Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
4.
Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak
5.
Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkan kecuali bilik air dan tandas perlu diberus
6.
Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya
Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas
7.
Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai
8.
Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya
Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal
9.
Mengasah pisau
Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam
10.
Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya
Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas

Di bawah ni adalah testimoni & kegunaan basic H:

Hilangkan kesan contengan pen pada sofa

Mengilatkan bekas kaca

Mengembalikan seri lantai rumah yang pudar


Menghilangkan kesan kotoran pada baju


KEGUNAAN KETIKA KECEMASAN !!!

BIL
KEGUNAAN
CARA
1.
Menghapuskan kutu di atas kepala
Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas
2.
Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.
3.
Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga
4.
Demam panas (sebelum berjumpa doctor)
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air. Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.
5.
Sakit gigi
Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.
6.
Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)
Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.
7.
Ulser dan mulut berbau
Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)
8.
Penyubur tanaman dan penggembur tanah
Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.
9.
Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.


   

Sekilas fakta: Tahukah anda..kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung.Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal.Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit,mata dan sistem pernafasan....tapi dengan BASIC H.. anda selamat Ia tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi , pH seimbang , tanpa klorin, berkesan meningalkan kotoran berminyak, kepekatan berganda

Kesimpulannya. Basic H ni mesti ada kat setiap rumah... ala ala first aid gitu... Sebotol boleh tahan sehingga berbulan-bulan lamanya. Yang saya pakai kat rumah ni pun dah lebih 6 bulan, tapi belum sampai separuh pun digunakan. Sungguh menjimatkan!

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga. Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee atau menjadi ahli, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah, dengan menjadi ahli anda mampu jimat sehingga 15-25%!

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221