Selasa, 30 September 2014

B Complex! One Big Happy Family...

B Complex merupakan vitamin penting yang saya perlu ambil setiap hari. Saya sukakan B Complex kerana ia membantu saya untuk kekal cergas, dan juga membantu saya untuk menangani tekanan ketika berada di tempat kerja mahu pun di rumah. Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu bekerjaya yang berjauhan dari suami dan saudara-mara. Ibaratnya, saya sebatang kara di sini...tapi saya tahu yang saya ni kuat...I'm a very strong person...kalau tak, masakan saya diuji sebegini...kan?

Semua vitamin B dalam kumpulan B Complex sangat berkait rapat antara satu sama lain. Cuba andaikan B Complex terdiri daripada 8 adik-beradik dan 4 saudara sepupu.

Secara asasnya, B Complex terbahagi kepada 8 jenis iaitu :

Thiamin atau Vitamin B1. Thiamin diperlukan untuk melindungi sel manusia, terutamanya sel saraf untuk berfungsi dengan sempurna. Juga diperlukan untuk fungsi mental terutamanya untuk memori. Turut diperlukan untuk menukarkan makanan yang kita makan kepada tenaga.

Riboflavin, atau Vitamin B2. Sangat penting untuk menukarkan tenaga kepada makanan. Juga penting untuk pertumbuhan yang normal, pembentukan sel darah merah yang sempurna dan menghasilkan horomon-hormon dalam badan.

Niacin, atau Vitamin B3. Terlibat melancarkan 50 proses kimia dalam badan, baik untuk menukarkan makanan kepada tenaga sehinggalah menghasilkan hormon untuk detoksifikasi proses kimia yang lain semuanya bergantung kepada niacin.

Pantothenic acid, atau Vitamin B5. Bekerjasama dengan vitamin B lain untuk memecahkan lemak, protein dan karbohidrat kepada tenaga.. juga diperlukan untuk menghasilkan vitamin D, hormon tertentu dan sel darah merah.

Pyridoxine, atau Vitamin B6. Tugas utamanya adalah untuk mengawalatur asid amino dalam menghasilkan 5000 jenis protein yang diperlukan oleh badan untuk bekerja dengan sempurna. Turut terlibat dalam menghasilkan 60 jenis enzim yang berbeza.

Biotin, atau Vitamin B7. Biotin turut diperlukan dalam banyak proses dalam badan iaitu untuk memecahkan lemak, protein dan karbohidrat kepada tenaga yang kita perlukan. Adakalanya biotin turut dikenali sebagai vitamin H.

Folic acid, atau Vitamin B9. Tugas utama asid folik adalah untuk membolehkan sel badan kita berkembang dan membahagi dengan sempurna. Sebab itulah, doktor biasa mencadangkan asid folik kepada wanita apabila mereka disahkan hamil. Ini penting untuk mengelakkan kecacatan pada bayi yang bakal dilahirkan. Juga membantu untuk mengawal 'mood', selera makan dan tidur yang lebih lena. Penting untuk mengurangkan serangan jantung dan strok dengan membantu arteri sentiasa 'terbuka'.

Cobalamin, atau Vitamin B12.  Diperlukan dalam banyak proses dalam badan iaitu untuk memecahkan lemak, protein dan karbohidrat kepada tenaga yang kita perlukan. Membentuk lapisan pelindung pada permukaan sel saraf dan memastikan sel darah merah kita kekal sihat. Turut berperanan mengelakkan penyakit jantung. 

Kesemua 8 vitamin B dalam badan memainkan peranan masing-masing untuk membantu sel dalam badan menjalankan fungsi dengan sempurna. Sekiranya badan kita kekurangan salah satu daripada vitamin B, vitamin-vitamin B yang lain tidak boleh menjalankan tugas 'mereka'. Jadi, sangat penting untuk kita melengkapkan kesemua 8 jenis vitamin B yang ada.

Macam mana nak dapatkan kesemua 8 jenis vitamin B tu? Kalau saya, saya pilih B Complex keluaran Shaklee kerana ia lengkap dan mampu memenuhi keperluan vitamin B dalam badan saya. Selepas mengetahui segala fungsi vitamin B di atas, saya yakin anda juga patut amalkan vitamin semula jadi ini.



Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

0 comments:

Catat Ulasan