Ahahahaaa..what happen to you June? Tiba-tiba jer terasa nak buat tajuk ni...tak salah kot. Kita adalah apa yang kita fikirkan...tak kesian ke kat diri kita kalau asyik fikir negatif je tentang diri-sendiri.
Sebenarnya, kita kena sayang diri kita dulu sebelum kita boleh menyayangi orang lain. Kalaulah bukan kita yang sayangkan diri-sendiri, nak harapkan siapa lagi kan?
Lagi satu, kita hanya akan dapat perkara yang kita sering fikirkan. Kalaulah hari-hari kita fikirkan perkara yang tak baik tentang diri kita, agak-agak apa yang akan berlaku? Like attracts like...
Menurut Prof. Muhaya Mohamad, seorang pakar mata dan juga pakar motivasi yang sangat saya kagumi, minda kita terbahagi kepada dua iaitu minda sedar dan minda separa sedar. Minda separa segar ni beliau gelarkan sebagai 'minda segar'. Minda sedar hanya memainkan peranan sebanyak 10% sahaja manakala 90% lagi dikawal oleh 'minda segar'.
Sebab itulah, sebarang pemikiran negatif hanya akan merugikan diri kita sendiri. Alangkah bagusnya kalau minda segar kita gunakan dengan sebaik-baiknya. Macam mana nak optimumkan penggunaan minda segar? Setiap hari, 'bercakaplah' kepada diri kita tentang perkara yang baik-baik, beritahu diri kita apa yang kita harapkan daripada 'dia'....harapan tu mestilah harapan yang positiflah kan. Begin with the end of mind, dan kita pasti terkejut dengan hasilnya. Katakan impian kita nak financial freedom ke...nak rumah besar dan luas ke...nak anak ramai ke...nak Ferrari ke tak kisahla...yang penting, setiap hari, kita WAJIB visualise kan semua impian yang kita nak tu.
So, hari ni saya nak mulakan visualize semua impian yang saya mahukan. Satu daripadanya ialah :
Sape-sape yang nak jadi money magnet bersama-sama saya jom kita visualize....begin with the end of our mind OK!
Salam sayang,
June Mohd.
0 comments:
Catat Ulasan