Ahad, 20 Julai 2014

Kesan Kolesterol Tinggi dalam Darah

Dari Mana Datangnya Kolesterol Tinggi dalam Darah?

Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dan mewah dengan makanan yang lazat-lazat. Jika diperhatikan, kebanyakan makanan yang dimasak adalah berminyak dan menggunakan santan bagi menambah kelazatan sesuatu makanan. Makanan sebegini sudah pasti mengandungi kolesterol yang tinggi jika diamalkan setiap hari.


Rasanya telah ramai rakyat Malaysia yang mempunyai kesedaran terhadap bahaya pengambilan makanan berkolesterol tinggi dalam diet mereka. Namun begitu, mereka belum begitu jelas tentang apa itu kolesterol sebenarnya. Kalau disoal secara 'details' berapa orang sahaja yang mampu memberikan jawapan yang tepat. 

Jadi di sini saya akan kongsikan serba sedikit ilmu yang saya dapat melalui pembacaan yang saya buat selama ini. Kolesterol merupakan sejenis lemak yang digunakan oleh tubuh untuk menjalankan pelbagai fungsi penting seperti menghasilkan asid hempedu serta membantu mencerna dan menyerap makanan. Kolesterol juga penting untuk menghasilkan vitamin D, hormon estrogen dan dan hormon testosteron.

Kolesterol tidak dapat diedarkan secara langsung oleh darah. Seperti minyak dan air, lemak dan darah tidak bercampur, untuk mengatasinya tubuh membentuk lemak partikel seperti protein yang mudah bercampur dengan darah dan mengalirkannya. Partikel kecil ini disebut lipoprotein (lemak plus protein). Kolesterol sangat memerlukan 'lipoprotein' yang bertugas untuk mengangkut kolesterol ke kawasan yang memerlukan kolesterol. Lipoprotein ini terbahagi kepada dua iaitu 'high-density lipoprotein (HDL) dan low-density lipoprotein(LDL)'.

Antara Kesan Negatif Kolesterol Tinggi dalam Darah

Jumlah kolesterol yang tinggi dan berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular badan. Darah di dalam badan akan membawa kolesterol yang terdapat di dalam badan ke pelbagai organ dan kelenjar yang memerlukannya. Apabila terlalu banyak kolesterol yang melalui saluran darah, kolesterol ini akan mula terbentuk di dinding arteri iaitu pada dinding saluran darah. Pembentukan kolesterol ini dipanggil plak seterusnya memberi kesan negatif kepada sistem kardiovaskular badan.

Bagaimana Pembentukan Plak Ini Menyebabkan Bahaya?


Apabila plak terbentuk pada arteri, ia akan menghalang pengaliran darah kerana saluran darah yang sempit. Apabila situasi ini berlaku hampir dengan organ penting di dalam badan terutamanya jantung, ia akan menyebabkan masalah serius berlaku malah boleh menyebabkan kematian. Apabila saluran darah berhampiran organ jantung menjadi semakin sempit, ia boleh menyebabkan serangan jantung pula berlaku. 

Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia akan menyebabkan sesorang itu mengalami strok.

Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia akan menyebabkan sesorang itu mengalami strok. Kedua-dua penyakit jantung dan strok ini boleh mengancam nyawa. Oleh itu, anda perlulah menjaga tahap kolesterol di dalam badan serta kandungan darah di dalam badan.
Kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan artherosclerosis atau arteri menjadi keras. Apabila plak memenuhi arteri, dinding arteri menjadi keras dan rapuh. Ini bukan sahaja menghalang pengaliran darah, malah ia juga akan menyebabkan arteri pecah kerana terlalu rapuh dan ini akan menyebabkan darah menjadi beku di dalam badan.

Ubah corak pemakanan untuk menurunkan tahap kolesterol.

Kolesterol yang tinggi adalah sangat bahaya kepada badan manusia. Walaubagaimanapun, ia boleh dirawat. Pelbagai perubatan yang boleh membantu menurunkan kolesterol, tetapi salah satu langkah terbaik adalah dengan mengubah cara pemakanan harian kita. Dengan mengelak pengambilan makanan berasaskan haiwan, ia boleh mengurangkan tahap kolesterol di dalam badan bukan sahaja dengan mengurangkan kuantiti kolesterol tersebut malah mengurangkan kadar sintesis atau penghasilan kolesterol di dalam badan.
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Rujukan :
1. Baik Buruk Kolesterol
2. Kolesterol Baik vs Kolesterol Jahat
3. Kesan Kolesterol Tinggi

0 comments:

Catat Ulasan