Rabu, 17 Julai 2013

Vitamin Penting untuk Pelajar : Omega Guard


Pernah tak kita sedari bahawa sebahagian besar masa dalam hidup kita dihabiskan untuk belajar atau
menuntut ilmu? Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda:
“ Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri Cina, kerana menuntut ilmu itu wajib atas setiap orang Islam. Dan sesungguhnya para malaikat itu menghamparkan sayapnya bagi penuntut ilmu kerana redha dengan apa yang mereka tuntut”.
Hadith Riwayat Al-Bara.

Secara purata kita di Malaysia ini menghabiskan 12 hingga 16 tahun menuntut ilmu.Tak termasuk yang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.Waktu menuntut ilmu adalah waktu yang paling mencabar sebab kita belajar perkara baru hampir setiap hari. Secara peribadi, waktu yang paling saya rindui semasa menuntut ilmu adalah semasa di universiti.

Hari ini, saya masih di universiti, bukan sebagai pelajar.Tetapi sebagai pengajar.Hari ini saya lihat bermacam-macam kaedah baru dalam pelajaran serentak dengan kemajuan teknologi.Tetapi, ada satu perkara yang masih sama dalam kalangan pelajar universiti dari dulu hingga sekarang, iaitu stay up, hingga jauh malam. Sama ada menyiapkan tugasan ataupun urusan lain.

Tabiat inilah yang sebenarnya  sedikit sebanyak bukan sahaja mengganggu tumpuan terhadap pelajaran, malah kesihatan.Ye, kita faham betapa ‘stress’nya bergelar pelajar dengan segala tugasan, projek dan report kerana saya sendiri pernah mengalaminya suatu ketika dahulu.

Apa Yang Pelajar Perlukan?

Dalam mengejar cita-cita dan segulung ijazah, pelajar tak seharusnya mengorbankan waktu rehat dan paling penting kesihatan pelajar. Tabiat stay-up bukan sahaja meletihkan badan, malah mendedahkan kita kepada masalah kesihatan seperti kurang daya ingatan dan tumpuan. Paling teruk, kita akan terdedah kepada penyakit yang lebih serius seperti hypertension dan jantung. Saya masih ingat lagi seorang sahabat saya semasa belajar dulu. Beliau merupakan pelajar jurusan perubatan dan belum pun masuk ke tahun akhir, sudah mengidap penyakit darah tinggi. Jika diberikan ujian saringan, saya percaya terdapat pelajar yang akan dikesan sekurang-kurangnya ‘mild hypertension’ (tekanan darah 135-155) akibat cara hidup begini.
Jika anda seorang pelajar yang menitikberatkan soal kesihatan ada beberapa perkara yang saya nasihatkan untuk anda jaga:

  • Kecergasan untuk menuntut ilmu
  • Minda yang sentiasa cerdas untuk menerima ilmu secara kritis
  • Fungsi tubuh badan yang baik

Jadi, apakah caranya?


Kognitif atau kebolehan untuk menerima, memproses serta mengingati maklumat merupakan fungsi istimewa otak. Akan tetapi kognitif manusia akan berkurangan seiring dengan peningkatan usia. Pengekalan serta peningkatan kognitif memerlukan bahan makanan yang dikenali sebagai Omega-3. Omega-3 merupakan kelas makanan asid lemak yang lazimnya didapati dari ikan serta minyak zaitun. Majalah Life Enhancement menerusi satu artikelnya bertajuk ‘Omega-3 Fatty Acid Improve Cognitive Fuction’ bertarikh Jun 2013 menyatakan bahawa peningkatan usia membawa kesan terhadap memori serta fungsi otak serta Omega-3 dapat membantu meningkatkan fungsi kognitif manusia melalui penghasilan docosahexaenoic acid atau DHA.Selain itu, fungsi Omega-3 yang lain yang boleh  dianggap bonus kepada pengamal Omega-3 termasuk:


  • Mengurangkan risiko penyakit  jantung dan strok
  • Memperbaiki beberapa penyakit autoimun berkaitan buah pinggang
  • Mengurangkan risiko kanser kolon, prostat dan payudara
  • Mengurangkan symptom artritis
  • Menurunkan tekanan darah tinggi
  • Membantu para pelajar untuk lebih fokus dalam pelajaran

Bunyinya seperti bonus 'all in one' kepada pelajar atau mereka yang sangat mementingkan kesihatan dan kecergasan badan serta minda.

** Kredit to : En. Mohd Fahmi Mohd Yusof

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383

0 comments:

Catat Ulasan