Khamis, 18 Julai 2013

Tips Penjagaan Luka Pembedahan Caesarean


Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, caesarean adalah jalan terakhir yang akan mereka pilih jika mengalami masalah sewaktu melahirkan anak. Seperti yang kita ketahui, mungkin semasa proses 'caesar' kita tidak akan berasa sakit kerana telah dibius. Tetapi setelah kesan bius tersebut hilang, muncullah rasa sakit kesan daripada pembedahan tersebut. Langkah untuk penjagaan bagi ibu-ibu yang melahirkan secara caesarean juga agak sukar berbanding ibu yang bersalin secara normal. Bagaimanapun, di sini saya ingin berkongsi tips yang sesuai bagi penjagaan luka Caesarean. 


Ehsan Google

Apa yang perlu anda lakukan ialah :


1. Setiap kali selepas mandi, keringkan bahagian luka pembedahan dengan pengering rambut.
Ini penting agar luka anda sentiasa kering dan tidak terkena jangkitan kuman dan bernanah.

2. GUNAKAN PENGERING RAMBUT UNTUK MENGERINGKAN TEMPAT LUKA. 

Sekiranya anda menggunakan kipas angin, ia boleh menyebabkan luka bernanah dan terkena
jangkitan kerana luka tidak betul-betul kering.

3. Di ikuti dengan menyapu ubat luka ke tempat pembedahan setiap kali sebelum memakai 

bengkung sebagai pencegahan supaya luka tidak bernanah. Dinasihatkan ubat luka disapu 
selama 30 hari atau sehingga cukup 44 hari berpantang. Ubat luka ini selain dibekalkan oleh 
hospital, ia juga boleh di beli di farmasi
.
4. Tujuan meletakkan tisu sebagai lapik sebelum memakai bengkung bukan sahaja untuk
\ mengelakkan bengkung dari kotor tetapi juga sebagai penyerap peluh terutama di bahagian 
pembedahan. Ini adalah salah satu dari cara tambahan untuk memastikan bengkung sentiasa
bersih dan kering. Menggunakan tisu sebagai pelapik bengkung juga amat praktikal 
dibandingkan dengan menggunakan kain kerana ia boleh diganti dengan tisu baru yang bersih 
setiap kali selepas mandi dan hendak memakai bengkung.


5. Untuk kesan yang optimum, bengkung hendaklah dipakai 24 jam sehari selama 44 hari 

berpantang.

*** Untuk mempercepatkan pemulihan luka bolehlah mencuba Zinc Complex Shaklee yang 

termasuk dalam set pantang Shaklee.

Itu saja buat kali ini. Selamat mencuba!


Sumber : FB




June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383

0 comments:

Catat Ulasan