Sebagai ibu yang berhasrat untuk menyusukan, kita sudah semestinya akan berasa tertekan sekiranya susu badan tiba-tiba berkurangan. Macam saya dahulu, yang saya perasan setiap kali datang haid susu mula menunjukkan penurunan setiap kali sesi perahan. Sedikit sebanyak hal ini boleh merisaukan saya. Tapi saya mengambil langkah untuk tidak terlalu stress dengan keadaan itu kerana stress juga boleh menjadi faktor susu badan berkurangan. Di sini saya ingin berkongsi tentang 10 punca yang boleh mengurangkan susu ibu berkurang. Dah tahu punca, maka mudahlah untuk kita mencari penyelesaiannya :-)
1. Kekerapan mengepam (demand vs supply)
Kesibukan seringkali menjadi kekangan kepada ibu untuk mengepam. Jika sebelum ini, si ibu mampu mengepam 3-4 kali sehari di pejabat, pada hari-hari yang sibuk sesi mengepam boleh berkurang kepada 2-3 kali sahaja. Apabila kekerapan mengepam berkurang, maka signal akan menghantar isyarat ke otak bahawa keperluan untuk pengeluaran susu juga berkurang. Maka susu juga dihasilkan akan berkurangan daripada biasa.
Ingat balik teori demand = supply tadi. Macam agak tidak logik apabila dihantar kepada pengasuh je tiba-tiba baby minum lebih banyak dari supply. Mungkin juga ada yang tak kena pada cara si penjaga tu beri susu kepada baby. Mungkin juga situasi ini berlaku, asal bayi menangis sikit, terus beri susu. Padahal mungkin bayi menangis kerana inginkan perhatian tetapi bukan kerana kelaparan. Jadi, kita harus menerangkan kepada pengasuh cara yang betul untuk memberikan susu perahan kepada bayi. Setidak-tidaknya, beri jadual untuk bayi kita minum susu kepada pengasuh.
Si ibu menjangka anak minum 10 oz, jadi dia akan hantar 2 botol susu dengan 5 oz setiap satu. Anaknya minum 4 kali di rumah pengasuh.. Lalu pengasuh tu panaskan sebotol setiap sesi minum susu. Tamat sesi kedua, alamak, dah habis! iya la, walaupun 10 oz, tapi ibu hantar 2 botol saja...
Penyelesaiannya : Simpan susu ikut keperluan bayi minum setiap sesi. Kalau tak dapat agak, simpam average 2-3 oz saja dalam satu container.
Sumber : Google
4. Out-station
Ketika terpaksa outstation, kadang-kadang ibu tidak berpeluang untuk membawa bayi bersama. Jadi, ibu kena tahu bahawa dia harus pam sebanyak 8-12 kali sehari. Ataupun sesi perahan hendaklah dibuat 2-3 jam sekali setiap hari untuk maintain milk production. Kadang-kadang ibu tak sedar tentang ini kerana biasanya bayi minum direct pada waktu malam…
Penyelesaian : Pam siang & malam setiap 2-3 jam. Tak penat ke? Kalau hendak seribu daya...
5. Keberkesanan pam
Macam benda-benda lain, pam susu ibu boleh hilang keberkesanannya apabila sudah lama dipakai. Misalnya valve jadi haus, longgar, etc. ini akan menyebabkan pam tersebut gagal untuk membantu ibu mengosongkan payudara sekosong-kosongnya.
6. Pengambilan ubat-ubatan
Apabila sakit, jumpa doktor & doktor akan bagi ubat… jangan lupa untuk memberitahu doktor bahawa kita sedang breastfeed & minta dia beri ubat yang selamat untuk breastfeeding.
Penyelesaian : Ambil tahu tentang kesan ubat-ubatan terhadap penyusuan. Ada juga ubat-ubatan yang boleh mengurangkan pengeluaran susu. Akan tetapi, vitamin dan ubat adalah berbeza yer...ehemmm :-)
7. Pengambilan pil perancang
sesetengah pil perancang boleh mengurangkan susu.
Penyelesaian : Dapatkan nasihat pakar laktasi sebelum mengambil sebarang perancang keluarga.
8. Mengandung
Mengandung boleh mengurangkan susu.. kerana hormon estrogen & progesteron meningkat menyebabkan prolaktin ‘tertekan’ dan berkurangan.
9. Growth spurts
Apabila bayi mengalami growth spurts, harus dijangka perangainya akan berubah sedikit, dan tabiat menyusunya pun berubah. Mungkin jadi semakin demanding.
Penyelesaian : Sediakan stok untuk hadapi saat-saat begini & tambah sesi mengepam.
10. Stress!
Bila dah banyak kerja, atau bayi makin lasak, ibu mungkin jadi stress. stress boleh mengurangkan susu? Ya, kerana tubuh kita ‘sibuk’ buat benda lain dan ‘tak layan’ hormon-hormon penyusuan. Hehe...
Penyelesaian : Amalkan pemakanan sihat, minum air banyak, perancangan yang baik & teknik hypnobreastfeeding.
sumber : mysuperkids.net
Semoga info di atas dapat menjadi panduan untuk ibu-ibu yang sedang berjuang menyusukan bayi mereka dengan susu badan mereka sendiri. Sesungguhnya, anda adalah ibu-ibu yang hebat kerana memilih hanya yang terbaik untuk bayi anda ;-)
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)
Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.
Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah. Kalau nak lebih jimat, jadilah ahli dan dapatkan penjimatan sehingga 15-20% mengikut jenis vitamin. Ketahui1001 kelebihan jadi ahli di sini.
June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221
0 comments:
Catat Ulasan