Ahad, 20 Januari 2013

Tips untuk Cepat dapat Anak

Salam ceria buat semua...hari ini agak sibuk sedikit untukku..pagi-pagi tadi 'drive' dari Pengkalan Chepa ke Gua Musang, Kelantan...dari hujung ke hujung negeri Kelantan....jarak sejauh 150km memisahkan antara anak & bapa serta suami & isteri...wah, rupanya sudah hampir empat tahun kami dipisahkan oleh jarak yang agak jauh itu...Faris, anakku hanya berpeluang untuk berjumpa Papa seminggu sekali sahaja....hmm....sabar jelah ekk..mujur juga ada Faris yang menemani hari-hariku tanpa suami...aku berasa sangat bersyukur kerana dianugerahkan cahaya mata yang keletah & bijak tak sampai setahun usia perkahwinan kami...alhamdulillah ;-)

Kali ini aku memilih untuk berkongsi tips bagi suami isteri yang dah lama kahwin tetapi masih ternanti-nantikan tangisan pertama cahaya mata sulung mereka....





Sudah menjadi umrah bagi pasangan yang baru berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman2 semua sudah bertiga atau berempat.. namun kita masih berdua.Jom kita kaji punca yang mungkin menjadi penyebab kepada masalah ini :



Antara penyebab biologi sukar hamil dalam kalangan wanita:
~ Tiub fallopian tersumbat
~ Endometriosis
~ Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
~ Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
~ Masalah hormon
~ Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
~ Menopous sebelum waktunya
~ Masalah tiroid
~ Fibroid

Penyebab biologi dalam kalangan lelaki:

~ Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
~ Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
~ Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
~ Menghidap hernia
~ Gangguan hormon
~ Salur sperma tersumbat
~ Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita)
~ Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
~ Stress dan tekanan
~ Pemakanan yang tidak sihat
~ Kekurangan zat
~ Amalan merokok atau meminum alkohol
~ Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
~ Terdedah kepada pencemaran
~ Terlalu kurus atau terlalu gemuk



Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

Bersenam
Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.
Mengelakkan pencemaran
Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya mulakanlah dengan berhenti merokok....banyak manfaatnya untuk anda juga :-)
Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan




Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.

Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.
Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.
Alfalfa membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

Wah, banyaknya supplemen, mana satu yang perlu saya ambil? Semuanyakah?
Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan.








Untuk Suami : Set Family Wellness (Vitalea+B Complex+Vita 
                        C) bersama Vita-E dan Zinc

Untuk Isteri : Set Family Wellness (Vitalea+B Complex+Vita C) 

                      atau Set Family Wellness  (Vitalea + B 
                      Complex+Vita C) bersama Vita-E +alfalfa


Pertanyaan sila hubungi June Mohd, 019-2187383, kerengge83@gmail.com... saya sedia membantu anda...daaa...thanx 4 reading ye :-)


3 comments:

  1. hehehe bace entry ni, terus buat za senyum n tertnye tanye, bila pula moknah nak bagi adik tuk Faris? hehehe... :)
    za blm lagi..tggu faris besar sket, since br pas misscariage ni hehehe..in shaa Allah kalo ade rezki, ade lah, klo tak de, xpe , ok je :)

    eh dah 4 thn weeken husben n wife eh? cpt je mase berlalu, bykkan bersabar eh dear n jgn putus asa mntk tukar skolah..

    take care dear auntie :))

    BalasPadam
  2. hihihiii...Faris patut dah dapat adik tu...umur pon dah nak masuk 3 tahun...In sya Allah if ada rezeki adala tu :-)
    xpe za, usaha lagi ek...ada rezeki x ke mana kan?
    mmm...yup, 15 Mac 2013 cukuplah 4 tahun usia perkahwinanku...ala, baru 4 tahun kan...orang lain ada yang 6-7 tahun pon still PJJ lagi...rezeki masing2..ada la tu yang Allah nak bagi because Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba2nya kan...ape yang penting always be positive + bersabarlah....

    BalasPadam
  3. hehehe tu yg penting, be positif dan bersabar, paling penting.. alhamdulillah za ok je :0 dulu rs gak stress tapi skrg da ok.. kalo ade rezki, alhamdulillah, kalo takde lagi, its ok.. bersyukur apa yg ade :))
    takpe, bg can abg faris azfar dlu ade adik, then baru faris wafiq hehehe
    in shaa ALLAH DOAKAN EH :)

    BalasPadam