Selasa, 2 April 2013

Suplemen untuk Masalah Tidur Berdengkur

Dengkuran merupakan situasi yang sering berlaku...pernah suatu ketika dahulu, semasa tinggal di asrama, terdapat teman yang tidur berdengkur. Situasi ini benar- benar mengganggu tidur malamku. Nak dikhabarkan kepada empunya diri, takut dia terasa pula...adeh! Maka dengan itu, hari ini saya ingin berkongsi beberapa tips untuk mengatasi masalah dengkuran daripada terus- terusan mengganggu orang di sekeliling anda...





Cara Atasi Masalah Berdengkur 
Ubah posisi tidur

Apabila lidah, lelangit, tonsil atau otot di belakang kerongkong saling bersentuhan, ia akan menyebabkan kita berdengkur. Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini kerana ketika kita terlentang, lidah tertarik ke belakang dan menyempitkan aliran udara. Untuk mengelakkan masalah ini, cuba tidur mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal.

Turunkan berat badan

Orang yang mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang tebal dan ini berkemungkinan menyebabkan risiko berdengkur. Langkah terbaik ialah cuba kurangkan berat badan anda supaya lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong turut berkurangan.

Hidu wap air sebelum tidur

Hidung tersumbat juga satu daripada punca berdengkur. Sebelum tidur, hidu wap air panas atau letakkan tuala yang dicelup dengan air panas pada muka dan sedut wapnya. Ini adalah satu cara untuk menghilangkan lendir yang menyumbat hidung kita. Bila lendir hilang, kemungkinan untuk berdengkur berkurangan.

Habuk 

Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Untuk yang berkemampuan, pasang penapis udara supaya kita mendapat bekalan udara bersih.

Namun jika semua tips di atas telah dicuba tetapi masalah berdengkur belum berjaya diatasi, cuba amalkan pengambilan vitamin E untuk membantu. Vitamin terkenal dengan pelbagai fungsi untuk kecantikan, kesihatan jantung, awet muda dan ia juga mampu membantu untuk mengurangkan masalah dengkuran.



VITAMIN E ~~dapat mengurangkan DENGKURAN SEMASA TIDUR (SNORING)




VITAMIN E mempunyai antioksida dan membantu proses pengangkutan oksigen dalam darah. Ia mampu untuk mengatasi masalah dengkuran dengan membantu melancarkan saluran pernafasan semasa tidur. Vitamin E membolehkan hemoglobin dalam sel darah merah untuk membekalkan oksigen ke seluruh tubuh dengan lebih efisien.

ISTERI2 yang mana mempunyai SUAMI yang mempunyai MASALAH BERDENGKUR boleh memberikan suami anda VITAMIN E SHAKLEE utk mengurangkan masalah tidur anda berdua...


Masalah dengkuran boleh mengganggu kualiti tidur pasangan. Jika masalah ini dibiarkan berlanjutan, ia juga boleh menjejaskan hubungan anda pada masa akan datang...bunyi macam remeh, tapi tahukah anda ada satistik yang menunjukkan perceraian berlaku akibat masalah pasangan yang berdengkur semasa tidur!

Hubungi saya untuk pertanyaan..
FB: June Mohd
kerengge83@gmail.com
019-2187383

0 comments:

Catat Ulasan