Setelah bayi mencapai usia enam bulan, ibu bapa sangat teruja untuk memberikan makanan terbaik untuk bayi mereka. Namun, kadang kala tidak semua makanan yang ibu sediakan untuk bayi mereka akan dimakan dengan berselera sekali. Terdapat ramai juga dalam kalangan bayi yang cerewet dan hanya memilih makanan kegemaran mereka sahaja untuk dimakan. Anak yang cerewet dan 'picky eater' memang merungsingkan ibu bapa. Di sini saya ingin kongsikan tujuh petua memberi makan kepada anak yang cerewet.
Langkah 1 : Tunjukkan Teladan yang Baik
Selera makan kanak-kanak dipengaruhi oleh tabiat makan ibu bapa. Untuk menggalakkan si manja mengambil makanan seimbang yang pelbagai jenis, ibu bapa patut melakukannya terlebih dahulu kerana kanak-kanak suka meniru perkara yang orang lain lakukan.
Jumlah yang boleh dimakan oleh kanak-kanak kecil adalah terhad. Oleh itu, mereka perlu makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi makanlah dengan kerap iaitu sebanyak 5 @ 6 kali sehari. Setiap kali tiba waktu makan, pastikan anak anda mengambil makanan berkhasiat seperti keju, buah-buahan, daging dan susu.
Langkah 3 : Biarkan Anak Anda Membuat Pilihan
Biarkan anak anda makan setakat mana yang mereka mahu. Jika mereka cerewet, mula bermain dengan makanan atau enggan makan lebih daripada sesuap, biarkan mereka meninggalkan meja makan kerana mungkin mereka tidak lapar.
Langkah 4 : Makanan Gantian
Sekiranya anak anda sentiasa menolak sesuatu jenis makanan tertentu, sediakannya dengan cara yang lebih kreatif atau gantikannya dengan makanan lain tetapi biarlah dari kumpulan makanan yang sama.
Langkah 5 : Tetapkan Masa untuk Makan Snek
Seelok-eloknya, elakkan memberi anak anda makan snek sebelum waktu makan kerana ia akan mengganggu selera makannya.
Langkah 6 : Awasi Cara Mereka Makan
Sekiranya tabiat makan anak anda bermasalah, catat apa yang dimakan dan kuantiti makanan yang dimakan setiap hari. anda boleh meneliti catatan ini setiap minggu bagi memudahkan anda merancang hidangan seterusnya yang sesuai untuk anak anda.
Elakkan daripada membuatkan anak anda takut menghadapi waktu makan. Jangan berleter, memarahi atau menghukum mereka untuk makan. Jangan paksa anak anda mengikut adab atau peraturan makan yang terlalu ketat sewaktu di meja makan. Jadikanlah waktu makan bersama keluarga sebagai waktu yang menyeronokkan.
Selamat mencuba ;-)
0 comments:
Catat Ulasan