Selasa, 26 November 2013

Derita Diabetis : Takut Kaki dipotong Sanggup Sorokkan Kudis daripada Doktor!

Alhamdulillah...bertemu lagi kita dalam entry kali ini :-)

Sebenarnya sekarang ni saya sedang bercuti di kampung...sementara Encik Suami sambung belajar, saya mengambil peluang untuk menemani ibu kat kampung...seronok juga dapat peluang sebegini, apatah lagi tak semua kot yang ada chance nak rasai pengalaman macam saya nikan? hihiii...



Petang tadi saya dan ibu berkesempatan menziarahi seorang jiran, Mak cik A yang mengidap penyakit kencing manis. Kali terakhir saya melihat beliau adalah kira-kira sebulan yang lepas. Waktu itu, keadaan beliau masih lagi sihat. Tapi, sewaktu menziarahi beliau petang tadi, saya agak tersentuh apabila mendengar kisah mak cik ini yang diceritakan oleh anaknya. 

Mak cik A dimasukkan ke ward pada minggu lepas kerana demam dan badan terlalu lemah akibat tiada selera makan. Jadi, beliau terpaksa ditahan di hospital untuk mendapatkan rawatan. Semasa ditahan di hospital, sebenarnya, kaki mak cik A telah mengalami luka dan luka tersebut dah sangat teruk. Tetapi beliau sanggup sorokkan keadaan luka tersebut daripada doktor kerana takut kakinya dipotong! Saya tak dapat bayangkan apa perasaan beliau waktu itu. Kerana tak tahan dengan sakit pada bahagian luka tersebut, Mak cik A berkeras untuk keluar daripada hospital dan bergegas mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta untuk merawat luka yang semakin serius.....Mak cik A masih bertuah kerana di kelilingi oleh anak-anak yang prihatin dan menyayangi beliau. Semoga beliau cepat sembuh dan mampu meneruskan kehidupan seperti biasa. Sama-sama kita doakan..insya Allah ;-)

Sekian sahaja ceritera saya untuk kali ini..nanti kita sambung lagi yer..kali ini tentang cara nak elakkan penyakit kencing manis pulak kot... Insya Allah :-)

0 comments:

Catat Ulasan