Arwah bapa saya dahulunya seorang
yang sangat suka dengan ubat-ubatan hospital...bila anak-anak demam aje kami
terus dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan.... Pantang sakit aje kami
akan dibawa untuk berjumpa doctor...beliau begitu ‘concern’ tentang kesihatan
anak-anak...terima kasih ayah...Namun begitu, seandainya kita tahu bahawa
ubat-ubatan yang dibekalkan di klinik-klinik @ hospital sebenarnya mengandungi
dadah...hah, biar betul...batuk, demam, selsema, pening kepala sakit itu dan
ini memang boleh hilang dalam masa sehari dua sahaja...Magic bukan? Anda sedia
maklum bukan tentang kesan pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi dadah boleh
mendatangkan kesan negatif jika diambil secara berterusan...
Jom kita lihat tentang penyakit tiga
serangkai pula..ini adalah contoh daripada kesan negative pengambilan
ubat-ubatan secara berterusan...kesannya memang menakutkan..
Pernahkah anda dengar tentang
Penyakit 3 Serangkai – diabetes atau kencing manis, darah tinggi dan sakit
jantung?
Kata orang, kalau dah kena kencing manis memang tinggi risiko nak kena
kembar dia, sakit jantung.
Tahukah anda bahawa kencing manis sebenarnya tak
menjadikan seseorang menghidap darah tinggi dan sakit jantung, sebaliknya ia
adalah kesan
sampingan daripada ubat kencing manis.
Ini kerana ubat adalah jenis drug (dadah) yang bukan komponen
tubuh. Ia boleh mengurangkan simptom sesuatu penyakit tapi mempunyai kesan
sampingan.
Antaranya ubat jenis metoformin yang digunakan untuk
meningkatkan fungsi insulin sekaligus menurunkan paras gula. Namun kesan
sampingan ubat ini adalah ia menjadikan tubuh kehilangan/kekurangan vitamin B
dan antioksidan serta perlindungan kardiovaskular semulajadi tubuh iaitu Co-Q10.
Kehilangan antioksidan dan pelindung kardiovaskular
menjadikan seseorang pesakit diabetes terdedah kepada sakit jantung. Begitu
juga ubat jenis Sulfonylures yang memberi kesan sama.
Pesakit kencing manis yang mengambil ubat jenis
Thiazolidinediones terdedah kepada masalah yang lebih besar, iaitu masalah
jantung.
Diabetes atau kencing manis adalah penyakit berkaitan diet yang agak popular. Malah zaman sekarang budak2 muda pun dah kena diabetes. Jadi untuk mencegahnya ialah dengan mengamalkan cara hidup sihat, pemakanan seimbang, aktiviti yang menyihatkan dan sebagainya.
Untuk pesakit diabetes pula bagaimana? Ya, jika baru kena diabetes sebaiknya bermulalah dengan penukaran cara hidup terlebih dahulu sebelum mengambil ubat. Berhati-hatilah dengan ubat-ubatan yang anda ambil...ubahlah gaya hidup anda sekarang...apa yang anda ambil pada hari ini menentukan siapa anda pada masa akan datang...
Pengambilan vitamin? Ya, tentu terutama bagi mereka yang mengambil ubat kencing manis kerana ia boleh merosakkan vitamin dalam badan.
0 comments:
Catat Ulasan