Memaparkan catatan dengan label penyakit darah tinggi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penyakit darah tinggi. Papar semua catatan

Isnin, 22 April 2013

Vitamin untuk Kawal Darah Tinggi

Assalamualaikum...
Suatu ketika dahulu, penyakit darah tinggi hanya dikaitkan dengan orang- orang dewasa sahaja..itu pun sangat jarang kutemui..almaklum sahajalah, 15-20 tahun yang lampau, teknologi dunia tidak secanggih sekarang..Facebook,Twitter, Whatsapp, Wechat, emel pun belum wujud lagi...eh, ye ker? Atau saya jer yang tak tahu...almaklum, budak village..nak pegang komputer pun takutttt....takut meletuplah, rosak dek tangan yang sangat kaku untuk menaip...hahahaaa..so, sad untuk dikenang...
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa kaitan perenggan di atas dengan tajuk entry ini ye...hihih...ok, now back on track...hari ini saya nak share tentang cadangan suplemen untuk mengawal penyakit darah tinggi...jom kita kaji punca & sebab- musabab penyakit darah tinggi semakin menular di Malaysia sekarang ini ye..

Apa itu tekanan darah tinggi?


Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko menghidap sakit jantung dan/atau sakit buah pinggang, juga strok.

Penyakit darah tinggi amat berbahaya kerana kebiasaannya tiada tanda amaran mahupun gejala.

Sesiapa sahaja, tidak kira bangsa, usia mahupun jantina boleh menghidap sakit darah tinggi.

Dari saat mula anda menghidap sakit darah tinggi, ia biasanya berkekalan seumur hidup. Anda boleh mencegah dan mengawal tekanan darah tinggi dengan mengambil langkah-langkah tertentu.


Punca

- Penyebab tekanan darah tinggi pelbagai. Ini termasuklah penyempitan arteri, isi padu darah yang lebih dari normal, atau denyutan jantung yang pantas atau lebih kuat dari sepatutnya.

Tekanan darah yang tinggi dikaitkan sebagai punca arteri mengeras. Ini seterusnya menyebabkan jantung dan buah pinggang terpaksa bekerja lebih. Sebarang keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan tekanan terhadap dinding arteri.

Tekanan darah tinggi mungkin juga disebabkan oleh masalah-masalah perubatan lain. Pada kebiasaannya, punca tidak diketahui. Biarpun tekanan darah tinggi tidak boleh disembuhkan namun, dalam kebanyakan kes, ia mampu dicegah dan dikawal.

Kesan Penyakit Darah Tinggi


1. Strok/otak: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko strok. Tekanan darah yang amat tinggi boleh menyebabkan kebocoran pada salur darah yang lemah dan kemudiannya mengalir ke otak.

Ini boleh mengakibatkan strok. Sekiranya salah satu arteri kecil tersumbat oleh darah beku, strok boleh juga terjadi.

2. Gangguan penglihatan/mata: Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyebabkan saluran darah di mata pecah atau berdarah. Penglihatan mungkin kabur atau terjejas dan boleh mengakibatkan buta.

3. Arteri/arteri: Semakin meningkat usia, arteri menjadi semakin keras terutama arteri di jantung, otak dan buah pinggang.


4. Kerosakan buah pinggang/buah pinggang: Buah pinggang bertindak sebagai penapis yang menyingkirkan bahan-bahan kumuhan badan.

5. Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyempitkan salur darah melalui penebalan dinding saluran darah pada buah pinggang.

6. Proses penapisan oleh buah pinggang terjejas di mana kurang bendalir ditapis, seterusnya menyebabkan bahan kumuhan terkumpul di dalam darah. Buah pinggang mungkin gagal sepenuhnya. Apabila ini berlaku, rawatan perubatan sama ada dialisis atau pemindahan buah pinggang mungkin diperlukan.

7.  Serangan jantung/jantung: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko serangan jantung.

8. Arteri berperanan membawa darah beroksigen ke otot jantung. Sekiranya jantung tidak mendapat cukup oksigen, sakit dada atau lebih dikenali sebagai angina boleh berlaku. Jika aliran udara tersekat pula, serangan jantung boleh terjadi.

9. Kegagalan jantung kongestif
Tekanan darah tinggi adalah faktor utama kegagalan jantung kongestif. Ia adalah masalah serius di mana jantung gagal mengepam darah yang secukupnya bagi keperluan tubuh badan.


Langkah-langkah pencegahan

Anda boleh mengambil langkah-langkah bagi mengelakkan tekanan darah tinggi dengan mengamalkan gaya hidup sihat. 

Langkah-langkah ini termasuklah mengekalkan berat badan sihat, sentiasa aktif, mengamalkan diet yang sihat dengan membanyakkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan tenusu rendah lemak, memilih dan menyediakan makanan rendah kandungan garam dan sodium.

Cadangan Suplemen untuk Darah Tinggi


Pilihlah vitamin semulajadi yang bebas steroid!

  • Vivix - mengimpak 4 mekanisme utama penuaan sekular
  • Omega Guard - melancarkan perjalanan darah, menghalang pembekuan
  • Vita E - difisiensi selenium berkait pada penyakit jantung (tekanan darah tinggi boleh menyebabkan komplikasi pada jantung juga)
  • Lecithin - mengemulsi lemak
  • Garlic - merendahkan tekanan darah
  • ESP - menurunkan tahap kolesterol
  • B comp - meredakan stress.
  • Ostematrix - kekurangan kalsium berkait dengan tekanan darah tinggi, regulasi jantung
  • Vit C - menghalang pembekuan darah
{sumber}


Jika berminat untuk mencuba mana2 vitamin Shaklee, hubungi saya:

June Mohd | kerengge83@gmail.com | whatsapp : 017-9438392

Rabu, 20 Mac 2013

Ubat Kencing Manis Punca Penyakit Tiga Serangkai


Arwah bapa saya dahulunya seorang yang sangat suka dengan ubat-ubatan hospital...bila anak-anak demam aje kami terus dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan.... Pantang sakit aje kami akan dibawa untuk berjumpa doctor...beliau begitu ‘concern’ tentang kesihatan anak-anak...terima kasih ayah...Namun begitu, seandainya kita tahu bahawa ubat-ubatan yang dibekalkan di klinik-klinik @ hospital sebenarnya mengandungi dadah...hah, biar betul...batuk, demam, selsema, pening kepala sakit itu dan ini memang boleh hilang dalam masa sehari dua sahaja...Magic bukan? Anda sedia maklum bukan tentang kesan pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi dadah boleh mendatangkan kesan negatif jika diambil secara berterusan...

Jom kita lihat tentang penyakit tiga serangkai pula..ini adalah contoh daripada kesan negative pengambilan ubat-ubatan secara berterusan...kesannya memang menakutkan..

Pernahkah anda dengar tentang Penyakit 3 Serangkai – diabetes atau kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung? 

Kata orang, kalau dah kena kencing manis memang tinggi risiko nak kena kembar dia, sakit jantung.
Tahukah anda bahawa kencing manis sebenarnya tak menjadikan seseorang menghidap darah tinggi dan sakit jantung, sebaliknya ia adalah kesan sampingan daripada ubat kencing manis.


Ini kerana ubat adalah jenis drug (dadah) yang bukan komponen tubuh. Ia boleh mengurangkan simptom sesuatu penyakit tapi mempunyai kesan sampingan.



Antaranya ubat jenis metoformin yang digunakan untuk meningkatkan fungsi insulin sekaligus menurunkan paras gula. Namun kesan sampingan ubat ini adalah ia menjadikan tubuh kehilangan/kekurangan vitamin B dan antioksidan serta perlindungan kardiovaskular semulajadi tubuh iaitu Co-Q10.



Kehilangan antioksidan dan pelindung kardiovaskular menjadikan seseorang pesakit diabetes terdedah kepada sakit jantung. Begitu juga ubat jenis Sulfonylures yang memberi kesan sama.

Pesakit kencing manis yang mengambil ubat jenis Thiazolidinediones terdedah kepada masalah yang lebih besar, iaitu masalah jantung.



Diabetes atau kencing manis adalah penyakit berkaitan diet yang agak popular. Malah zaman sekarang budak2 muda pun dah kena diabetes. Jadi untuk mencegahnya ialah dengan mengamalkan cara hidup sihat, pemakanan seimbang, aktiviti yang menyihatkan dan sebagainya. 


Untuk pesakit diabetes pula bagaimana? Ya, jika baru kena diabetes sebaiknya bermulalah dengan penukaran cara hidup terlebih dahulu sebelum mengambil ubat. Berhati-hatilah dengan ubat-ubatan yang anda ambil...ubahlah gaya hidup anda sekarang...apa yang anda ambil pada hari ini menentukan siapa anda pada masa akan datang...

Pengambilan vitamin? Ya, tentu terutama bagi mereka yang mengambil ubat kencing manis kerana ia boleh merosakkan vitamin dalam badan.