Ahad, 27 Januari 2013

Jom Diet : Tips Mudah untuk Kurus..


Salam petang Ahad semua...entry kali ini bakal berkisarkan tentang diet yang betul...saya suka melihat orang lain sihat, cergas dan hidup gembira setiap hari.Tak mau la stres2 yer...nak tegur pun ngeri..hahahaaa..semoga info ini dapat dimanfaatkan oleh kita semua yaa...
Menurunkan berat badan bagi sesetengah orang tidaklah semudah orang lain. Walaupun telah mencuba pelbagai produk diet dan program diet,hasilnya adalah mengecewakan. 

Seorang teman melahirkan rasa kecewa akibat gagal menurunkan berat badan walaupun telah berdiet selama seminggu (mungkin bagi  anda seminggu itu adalah suatu jangka masa yang singkat,namun hanya empunya badan sahaja yang tahu betapa seksanya untuk menjayakan dietnya itu)...hal ini amatlah mengecewakannya dan menyebabkan teman saya itu terus melupakan diet beliau dengan makan makanan kegemaran beliau semahunya selepas melihat tiada perubahan berat badan seperti yang diharapkan.......Untuk makluman anda, teman saya telah mencuba pelbagai cara untuk diet..termasuklah mengikuti langkah yang dicadangkan oleh doktor & pakar....tapi masih tidak berjaya...di mana silapnya ya??Mungkinkah beliau belum cukup BERDISIPLIN untuk mendapatkan berat badan ideal seperti yang diharapkan...selepas ini saya akan cadangkan beliau untuk mencuba tips ini pula...


 Untuk mengelakkan daripada perkara sebegini berlaku, mungkin anda boleh mencuba beberapa tips yang ingin saya kongsikan buat anda semua...Di sini ada beberapa tip mudah yang boleh anda lakukan tanpa melibatkan modal yang banyak serta tidak memeningkan kepala anda dalam usaha mengurangkan lebihan lemak di badan.




  • Jangan sesekali tinggalkan waktu makan utama -  Kalau anda fikir dengan berlapar boleh menurunkan berat badan,anda silap. Berlapar hanya menyebabkan anda mengambil makanan dua kali ganda lebih banyak pada hidangan yang seterusnya kerana anda kelaparan.
  • Makan dengan perlahan,kunyah banyak kali - Otak akan memberitahu apabila kita telah kenyang.Ianya selalunya mengambil masa 20 minit untuk otak memberi isyarat kita sudah kenyang. Makan dengan cepat tidak memberi masa yang cukup kepada otak bahawa kita telah kenyang menyebabkan kita makan berlebihan. 
  • Rancang hidangan anda - Ianya lebih selamat sekiranya anda merancang apa yang ingin dimakan supaya tidak terjebak dengan makanan ringan.
  • Elakkan makanan kegemaran - Sebagai manusia biasa,kita ada makanan yang disukai dan tidak. Cuba elakkan makanan kegemaran anda berada di rumah. Lebih mudah anda mengelakkan bila makanan itu tidak di depan mata.
  • Perhatikan saiz hidangan - Jumlah makanan yang kita makan adalah sangat penting dalam proses menurunkan berat badan. Sentiasa teliti saiz hidangan dan jenis makanan yang anda makan. Makanan ringan tidak bagus. Sekiranya anda hanya makan 10% daripada saiz hidangan biasa,anda boleh menurunkan berat badan tanpa menukar diet harian anda.
  • Bakar kalori dengan senaman - Setiap makanan berkalori tinggi haruslah dibakar dengan senaman. Contohnya,sekiranya anda makan burger,ianya memerlukan 3 jam di gim untuk membakar semua kalori tadi. Terpulang pada anda untuk memilih sama ada tidak makan burger  atau menghabiskan 3 jam di gim.
  • Ambil masa - Ada masanya berfikir sebelum ingin makan sangat membantu untuk tidak makan makanan yang tidak sepatutnya.
  • Jauhi minuman ringan - Minuman ringan mengandungi 150 kalori. 
  • Bersenam selalu - Senaman membantu minda dan tubuh anda. Jogging atau berjalan untuk menurunkan berat badan. Gunakan tangga daripada lif.

kredit:www.ilayahaya.com

0 comments:

Catat Ulasan