Isnin, 5 Mei 2014

Shaklee Meal Shakes Tak Selamat untuk Kanak-kanak?

Isu ni dah lama sebenarnya. Setiap kali ada promo Meal Shakes Shaklee, setiap kali itulah pasti ada pihak anti-Shaklee yang akan cuba membangkitkan isu bahawa Meal Shakes Shaklee tak selamat untuk kanak-kanak. Produk apa-apa sahaja pun, jika cara pengambilan tak betul...overdose, memanglah tak selamat. Elok-elok nak sihat, dapat penyakit lainlah pulak. Sorrylah, saya tak buat pernyataan coz saya ni SID..tapi, saya dah buat beberapa kajian tentang apa itu Maltodextrin yang terkandung dalam Meal Shakes yang sering kali jadi isu berbangkit tu. Ada yang cakap ianya berbahaya dan tak selamat pun untuk dimakan. Apatah lagi kalau nak diberikan kepada kanak-kanak. 

Macam peliklah pulak coz Shaklee sememangnya hanya akan let go produknya ke pasaran hanya apabila dah pasti yang setiap batch yang dikeluarkan adalah benar-benar selamat. Bukan sekali dua ujian saintifik dijalankan untuk semua produk keluaran tapi mencecah 80,000 ujian kualiti dijalankan setiap tahun. Menarik bukan? Dan, saya pasti tak ada syarikat lain yang setanding dengan kawalan keselamatan yang dijalankan oleh Shaklee. That's why saya benar-benar yakin dengan Shaklee.

OK, let's back to the topic. Sebenarnya apa itu maltodextrin? Mungkin ada yang baru pertama kali mendengar tentangnya. Betul tak? Maltodextrin ni sebenarnya merupakan bahan tambah dalam makanan dan diperbuat daripada karbohidrat ringkas seperti beras, jagung atau pun kanji yang ada dalam ubi kentang. Maltodextrin berbentuk serbuk berwarna putih dan ia biasa ditemui dalam makanan yang diproses seperti buahan dalam tin, snek, bijirin, puding segera, sos dan salad dressings.



Ia biasanya digunakan dalam jumlah yang sedikit dan tidak memberi kesan terhadap ptotein, lemak, karbohidrat mahu pun serat yang ditambah kepada makanan. Walau pun Maltodextrin ni diproses dan ia bukanlah zat terbaik untuk badan, tapi sekurang-kurangnya ia diperbuat daripada 'real food' dan bukannya daripada bahan-bahan sintetik.
Kebaikan maltodextrin: Walaupun maltodextrin merupakan karbohidrat yang kompleks, ia mempunyai indeks glisemik yang sangat tinggi iaitu 130. Indeks glisemik yang tinggi bermakna, ia akan diserap oleh sistem penghadaman dengan segera. Jadi, makanan yang mengandungi maltodextrin sangat sesuai diambil selepas ' hard workout' kerana ia akan membekalkan tenaga dan sumber protein segera kepada tubuh. Selain itu, semasa aktiviti bersukan yang panjang contohnya marathon, maltodextrin akan diserap lebih cepat berbanding air, maka ia akan memberi tenaga segera tanpa mengurangkan jumlah cecair dalam badan.  
Maltodextrin dalam Meal Shakes
Kelemahan maltodextrin : Apa yang tak baiknya tentang maltodextrin adalah kerana ia mengandungi kandungan gula yang agak tinggi dan mudah diserap oleh badan. Dan jika kandungan gula yang diserap itu tak digunakan (contoh untuk memperbaiki tisu rosak, membekalkan tenaga), ia akan disimpan sebagai lemak dalam badan.

Kesimpulannya, untuk menyatakan bahawa maltodextrin ini bahaya adalah sangat tidak sesuai kerana ia akan memberikan kesan positif jika diambil mengikut keperluan. Kanak-kanak adalah golongan yang sangat aktif, jadi mereka memerlukan tenaga segera untuk beraktivivti setiap hari. Maltodextrin dalam makanan juga takkan tersimpan sebagai lemak dalam badan mereka kerana kebanyakannya telah ditukarkan kepada tenaga. So, Mommies...tak perlu risau-risau lagi ye kalau nak bagi anak-anak mencuba Meal Shakes. In facts, lagi rugi kalau tak bagi mereka makan Meal Shakes ni..

Antara nutrisi dalam Meal Shakes. Banyakkan?
Jadi sekiranya anda berminat untuk mencuba Meal Shakes Shaklee yang hebat ini, bolehlah hubungi saya untuk membuat tempahan. Tak rugi melabur untuk kesihatan coz your kids really deserved it :-)

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221


0 comments:

Catat Ulasan