Selasa, 4 November 2014

Akibat Hasad Dengki dan Iri Hati

 Agak-agak mengapa ya? Ada yang benci sangat kalau lihat orang lain yang lebih kaya dan berjaya? Seandainya mereka tahu...betapa buruknya kesan akibat hasad dengki, tak ada kot manusia yang nak dengki dan iri hati sesama sendiri.
 
Kalau diri-sendiri yang tak sanggup nak korbankan masa dan tenaga untuk keluar daripada 'zon selesa', tak usahlah cemburu jika orang lain lebih ke depan berbanding kita.. ambil cermin, lihatlah sejauh mana anda berusaha untuk menambahbaik taraf kehidupan sendiri...kan lebih baik begitu?
 
Lagi satu, bahaya sangat tau jika kita tak suka kepada orang yang kaya dan berjaya. Ini menandakan kita tak sukakan kekayaan dan kejayaan...kalau macam tu, agak-agak kekayaan dan kejayaan nak datang dekat tak kepada kita yer?
 
Pesan Dr. Haji Azizan Osman dalam seminar IMKK yang saya hadiri baru-baru ini, berhati-hati dengan apa yang kita fikir, rasa, cakap, tulis dan buat kerana segalanya adalah DOA. Apabila kita asyik fikir perkara negatif, itulah yang semakin menghampiri kita.
 

Semoga kita semua dijauhkan daripada perasaan hasad dengki terhadap orang lain dan dijauhkan daripada orang-orang yang mempunyai P.H.D yang tinggi di sekeliling kita. Saya doakan anda semua kaya dan berjaya di dunia dan akhirat!
 
P/S : Sekadar coretan...tiada kaitan antara mereka yang telah hidup atau pun mati...
 
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan
vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

2 comments:

  1. Tak baik dengki-dengki kan. Tapi dah menjadi lumrah manusia dari dulu memang macam tu pantang kita lebih sikit.

    Nak Kurus Cara Sihat

    BalasPadam
  2. itulah manusia.. sikap hina yang payah nak dibuang...

    BalasPadam