Isnin, 6 Oktober 2014

I wish I Can Do this

Assalamualaikum sahabat mayaku :)

Pernah tak dalam hidup korang terasa rinduuuuuu sangat dengan masa lalu...mesti pernah kan? Macam saya, banyak kenangan yang saya rindukan...salah satunya adalah masa lapang untuk berjimba-jimba dengan buku-buku kegemaran. Aduhhh! rindu sangat tau masa untuk diri-sendiri baring-baring sambil baca novel kegemaran saya. Lepas tu berangan jadi macam watak dalam novel..hihihhhh..

Tapi semenjak dah ada anak ni, kenala adjust masa..kalau nak membaca pun kena pilih masa yang sesuai...mana nak masak, nak mandikan anak..nak uruskan makan minum anak...pendek kata, masa untuk diri-sendiri pun dah berkurangan. Apa pun, saya enjoy jugak layan anak...kata orang, hargai masa sekarang kerana kita bakal merinduinya apabila ia telah berlalu...lagi pun, besar pahalanya menggembirakan hati anak kecil...mereka boleh diibaratkan macam 'ahli syurga'...betul tak :)



1 comments: