Khamis, 9 Oktober 2014

Mampukah Osteoporosis Dicegah?

Penyakit osteoporosis sudah tidak asing lagi bagi kita dan ia sering kali dikaitkan dengan golongan wanita. Satu daripada tiga orang wanita yang menopaus mempunyai masalah osteoporosis di mana jisim tulang mereka semakin berkurangan tanpa disedari.


Sekiranya diet mengandungi produk tenusu yang tinggi kalsium tidak diamalkan setiap hari, risiko diserang osteoporosis juga semakin meningkat dengan jayanya. Kaum lelaki juga tidak terkecuali daripada diserang osteoporosis dan jumlah pesakit osteoporosis dalam kalangan lelaki turut bertambah berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Baik lelaki mahu pun wanita, mereka hendaklah prihatin dengan diet yang mereka ambil setiap hari.

Apakah Cara Terbaik untuk Atasi Osteoporosis?

Sebenarnya, cara terbaik untuk mengatasi masalah osteoporosis adalah dengan mencegah berbanding merawat. Cegah sebelum terkena, barulah kita dapat hidup dengan selesa tanpa gangguan ketika ingin bergerak. 

Tahukah anda, apabila osteoporosis mula menunjukkan tanda-tandanya, anda telah kehilangan jisim tulang yang serius. Sebab itulah, kita harus beringat sebelum kita benar-benar diserang osteoporosis. Apakah cara terbaik untuk mengelakkan risiko osteoporosis?

  • Kerap berjalan dan jogging dikatakan mampu untuk membina jisim tulang yang lebih kuat dan mengelakkan kehilangan jisim tulang apabila usia telah meningkat. 

  • 'Hormone-replacement Therapy' atau rawatan hormon juga boleh menjadi alternatif bagi mereka yang telah menopause. Wanita menopause kekurangan hormon estrogen kerana telah berkurangan memberikan rasa tidak selesa kepada tubuh.
  • Diet yang tinggi kalsium dan vitamin D juga sangat sesuai untuk diamalkan.

  •  Mereka yang berisiko mendapat osteoporosis memerlukan sehingga 800-1200mg kalsium setiap hari dan 10 mcg vitamin D.

  • Selain itu, terdapat kajian yang menunjukkan mineral seperti Zinc, Magnesium, Mangan, Boron, Kuprum dan Selenium juga boleh meningkatkan kekuatan tulang. Vitamin K juga dikatakan turut membantu untuk menguatkan tulang kita.
Kalau macam saya yang jarang minum susu ni, saya memilih kalsium shaklee iaitu OsteMatrix untuk mencukupkan keperluan kalsium dalam badan saya. Dalam usia 30-an, saya memerlukan lebih kurang 1000mg kalsium. Yang bestnya pulak, selain kalsium, OsteMatrix turut mengandungi vitamin D, Magnesium. Zinc, Kuprum, Mangan dan Boron. kiranya semua dalam satulah kan...



Tak sanggup rasanya untuk membiarkan diri saya menderita kesakitan akibat osteoporosis menjelang usia tua nanti...jadi, saya memilih untuk mencegah sebelum ianya benar-benar terjadi. Anda pula bagaimana?

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

0 comments:

Catat Ulasan