Perkongsian ini saya dapat daripada group wassap Family...banyak manfaat yang saya peroleh, jadi saya nak korang pun sama-sama mendapat manfaatnya. Sangat berguna untuk dijadikan motivasi di saat kita terasa sedih, kecewa atau ketika berduka akibat dikhianati, hajat tak kesampaian dan sebagainya... Jemput baca :)
1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yang mempunyai talian kekeluargaan dengan kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yang dikhianati oleh saudara-saudaranya...
2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yang kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim a.s, yang dihumban ke dalam api oleh ayahandanya...
3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus a.s, yang terperangkap di dalam perut ikan.
4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu dilanda kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub a.s, yang ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, di samping kehilangan ahli keluarganya.
5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa a.s, yang tidak dapat bertutur dengan sempurna.
6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah r.a, yang sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya...
7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yang diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.
8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh a.s, yang tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yang besar tanpa soal...
Mungkinkah ini bahtera peninggalan Nabi Nuh a.s?
9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad s.a.w, yang dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yang terdekat...
Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...
Allah swt mewujudkan personaliti yang hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dengan tujuan agar satu hari nanti, manusia seperti saya dan kamu, apabila berhadapan dengan sebarang musibah, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"...
ALHAMDULILLAH UNTUK SEGALA-GALANYA YA RAHMAN.
P/S : Berkaca-kaca mataku di saat entry ini ditaip. Sesungguhnya, ujian yang Allah berikan kepada kita tidaklah sebesar dugaan para Rasul dan nabi-nabi Allah. Semoga bertabahlah diri andai ujian datang kepadamu. Insya Allah!
0 comments:
Catat Ulasan