Khamis, 23 Oktober 2014

Kesan Hasad Dengki yang Mungkin Kita Tak Tahu

Assalamualaikum...
 
Pernah tak suatu ketika kita berasa tidak puas hati atau cemburu dengan nikmat yang diperoleh oleh orang-orang di sekeliling kita? Jika pernah, mungkin ianya berpunca dari perasaan hasad dengki. Mungkin kita tidak perasan keburukan mempunyai perasaan hasad dengki ni kan...sebenarnya hasad dengki inilah yang menjadi racun perosak dalam masyarakat.

 
Adakalanya, hanya kerana cemburu dengan kelebihan orang lain, ada yang sanggup mengambil jalan mudah dengan mengenakan ilmu tuju-tuju kepada si penerima nikmat yang mungkin lebih sedikit berbanding dirinya. Ya Allah, takutnya...saya harap kita semua dijauhkan daripada perasaan hasad dengki dan juga dijauhkan daripada orang-orang sebegini.
 
Orang yang berhasad dengki hakikatnya melawan takdir dan keputusan Allah SWT. Dia secara tidak langsung telah mempertingkaikan kebijaksanaan, keadilan dan kasih sayang Allah dalam menitipkan nikmat kepada hambaNYA.
 
Seolah-olah dia merasakan lebih bijak dan lebih adil dalam memberi serta menentukan nikmat kepada manusia. Sikap ini sangat dimurkai Allah dan berdosa kerana membenci takdir Allah samalah seperti membenciNYA. Nauzubillah.
 
Dalam hadis qudsi, Allah berfirman yg bermaksud :

" Sesiapa yg tidak redha terhadap takdir yang telah berlaku dan tidak sabar terhadap cubaan daripada KU, maka carilah Tuhan selain AKU." ( Hadis riwayat at-Thabarani ).

Tegasnya, hasad akan merosakkan akidah seseorang. Ini sangat merbahaya ..
 
... Waallahualam ..
Sumber : whatsapp
 
Salam ukhuwah,
June Mohd.

1 comments:

  1. hasad dengki memang sifat yang buruk..boleh melibatkan manusia yang lain

    BalasPadam