Khamis, 13 Februari 2014

Kepentingan To Do Do List!

Selama ini saya telah mengabaikan kepentingan 'to do list' dalam tugasan harian saya. Sebenarnya saya sudah lama tahu tentang kepentingan mengurus masa dengan menulis senarai tugas yang perlu kita lakukan setiap hari. Ada yang mencadangkan supaya senarai tersebut ditulis sebaik sahaja kita bangun pagi-pagi. Malah, ada juga yang menyarankan bahawa menulis senarai tugasan sebelum tidur. Ini akan menyebabkan minda separa sedar kita akan bekerja sepanjang malam semasa kita tidur. Jadi, kita akan bangun dengan idea yang lebih hebat dan kita juga pasti lebih bersedia untuk melaksanakan tugasan tersebut keesokan harinya! 


Macam saya sendiri, saya lebih suka untuk membuat senarai tugasan yang perlu dilakukan sebelum tidur. Kiranya, selepas terjaga tu, saya dah tahu apa yang saya kena lakukan pada hari tersebut. Ternyata, setelah beberapa hari saya istiqamah melakukannya, tugasan dapat diselesaikan dengan lebih baik dan tersusun! Ruginya saya sebab tak amalkan dari awal lagi. Tapi tak mengapa, tiada istilah terlewat untuk kita membuat perubahan yang lebih positif. It's better late than NEVER, rite?

Kelebihan 'to do list' :
  • mengelakkan kita terlupa untuk melakukan tugasan penting setiap hari
  • membantu kita dari segi pengurusan masa
  • menjimatkan masa daripada terbuang akibat leka dengan tugasan yang kurang penting
  • menjadikan kita seorang yang lebih efisien dan teratur
  • hidup lebih tenang dan kurang tertekan kerana kita sentiasa mengutamakan yang lebih utama daripada yang utama
  • dapat menyiapkan tugasan dengan lebih sempurna dan berkesan
Apa yang saya perasan, memang 'to do list' banyak menjimatkan masa saya daripada terbazir begitu sahaja. Biasanya saya akan hadkan masa untuk sesuatu tugasan bagi mengelakkan saya terlalu selesa dan akhirnya tidak dapat menyiapakan senarai tugas yang ada akibat mengutamakan perkara yang tidak begitu penting.

Sekiranya anda belum pernah mencuba untuk buat 'to do list' ni, cubalah hari ini dan pasti anda akan lihat perubahannya. Dan, ia adalah sangat-sangat positif!

'' 10% masa yang kita gunakan untuk merancang dan menyusun tugas, dapat menjimatkan 90% masa bagi menyelesaikannya sebaik sahaja kita memulakan tugas itu.'' 
Brian Tracy


0 comments:

Catat Ulasan