Memaparkan catatan dengan label tekanan @ stress. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tekanan @ stress. Papar semua catatan

Isnin, 29 September 2014

Tiga Cara Atasi Stress dengan Mudah

Sebelum tidur setiap malam, saya cuba amalkan untuk membaca sekurang-kurangnya dua muka surat buku motivasi atau pun bahan bacaan yang berinformasi. Barulah sel-sel otak sentiasa bekerja dan tak mudah nyanyuk apabila dah tua nanti.

OK...malam ni saya memilih untuk membaca buku tulisan Dr. HM Tuah Iskandar, pakar motivasi yang terkenal dengan Program 3E tu....beliau kongsikan tentang tips mudah untuk mengatasi stress.



Stress perlu kita tangani dengan baik dan bijak supaya kita boleh manipulate rasa stress untuk bergerak lebih jauh ke hadapan. 'Happy'kan hidup anda, maka anda tak akan rasa stress. 'Happy' dengan kerja, 'happy' dengan keluarga, 'happy' dengan kehidupan dan jadikan tekanan sebagai 'booster' untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup kita.

Cara Mengatasi Stress dengan Mudah

  1. Jaga solat. Sembahyang cuba lakukan di awal waktu lima kali sehari. Nak lagi cantik, tambahlah dengan solat-solat sunat seperti Dhuha, Tahajud, solat istikharah dan sebagainya. Dalam solat, ibaratnya kita mengadu, meminta, merayu dan memohon ampun kepada Allah. Tekanan boleh hilang apabila kita luahkan kepada 'orang' lain. Mengadu pada Allah, tentu boleh buat kita rasa lega yang amat...
  2. Aktifkan hidup dengan pelbagai aktiviti. Orang yang aktif tak sempat kot nak rasa stress. Sebabnya, masa mereka lebih banyak terisi dengan benda-benda berfaedah. Orang yang cemerlang adalah orang yang aktif, bukannya orang yang duduk melangut saja-saja. 
  3. Tips ketiga, minum air kosong banyak-banyak. Lagi banyak air kosong yang diminum, lagi kurang kesan stress pada diri anda. Nak tahu mengapa? Air kosong memang sangat diperlukan oleh sel tubuh untuk bekerja dengan lebih sempurna.
Akhir sekali, anda juga boleh mengamalkan teknik pernafasan 3E iaitu tarik nafas dalam-dalam. Simpan dalam dada sekitar tujuh saat, kemudian lepaskan. Ulang teknik ini sebanyak tiga kali berturut-turut.

Moga hari ini lebih baik dari semalam dan esok yang bakal ditempuh adalah lebih baik berbanding hari ini.

Sekian.

Assalamualaikum w.b.t :-)

Jumaat, 15 November 2013

Tips Mudah untuk Atasi Stress

Assalamu'alaikum sahabat yang tersayang. Apa khabar hari ini? Bagaimana dengan mood anda...adakah ceria, gembira atau tertekan dan stress? Jangan risau jika kita sedang berduka atau tertekan. Itu tandanya kita masih waras...hehee.. Semua orang yang normal pasti mengalami stress. 
Cuma orang yang GILA saja yang tak pernah rasa stress.... hah? Macam tu ke...



Antara punca stres: 

1. cuai tentang ibadah
2. hati yg kotor
3. tak sabar 
4. terlalu mementingkan kesempurnaan
5. perisau (semua benda nak fikir)
6. terlalu nak jaga hati orang, 
7. terlalu cerewet
8. kabur & tak pasti apa nak buat, tiada matlamat hidup 
9. tiada coping skills, 
10. kesihatan terganggu, etc

 Antara cara nak kawal stress : 

1. Solat, zikir dan selawat
2. Baca al Quran /kitab agama,
3. Hidupkan sunnah,
4. Maafkan semua kesilapan orang lain, 
5. Bersedekah, 
6. Ingatkan mati, 
7. Tidur yang cukup, 
8. Bangun tidur secara konsisten, 
9. Bertenang sebelum tidur, 
10. Elak risau sebelum tidur, 
11. Kawal alat elektronik, 
12.Tilam yang sesuai, 
13. Qoilullah (tidur sebentar sebelum zohor), 
14. Mulakan hari dengan senyum & doa, 
15. Peluk bayi, 
16. Kegiatan riadah atau bersukan, 
17. Mengawal diet, 
18. Membelai org tersayang selalu, 
19. Jadi orang baru, 
20. Senyum selalu, 
21. Urut mengurut,
22. Mandi air suam, 
23. Ceritakan masalah kepada orang lain/ kaunselor,
24. Tengok ikan dalam akuarium, 
25. Menangis, 
26. Tukar skrip, bisikan kendiri, 
27. Lebih tegas (asertif), 
28. Tukar imej diri dan tingkat harga diri, 
29. Pernafasan yang sempurna, 
30. Bercerita dan mendengar cerita,
31. Bercuti/ berehat/ bersantai, 
32. Menjerit di tempat yang 'private‘,
33. Bernasyid/qasidah/ menyanyi, 
34. Muhasabah diri, 
35. Melihat pemandangan atau sesuatu yang menarik dan tenang, 
36. Mendengar muzik, deruan ombak, bunyi burung dan sebagainya,
37. Beruzlah (berkhalwat),
38. Bersikap positif terhadap orang lain dan sayangi semua orang, 
39. Nilai semula pegangan dan keutamaan, 
40. Sentiasa redha dan bersyukur, 
41. Minta bantuan pakar/ ulama, 
42. Menonton/ membaca kartun,
43. Perbaiki komunikasi, 
44. Berterusan berdoa, 
45. Dengar ceramah motivasi & ceramah agama, 
46. Hiasan yang berbunyi bila ditiup angin (wind chimes),
47. Minum air masak lebih kurang 2 liter sehari, 
48. Letak gambar belakang pintu, 
49. Gambar dalam dompet/beg tangan, 
50. Gambar atas meja, 
51. Momento kenangan manis, 
52. Buka tingkap (untuk udara/ cahaya/ bunyi burung), 
53. Lihat bunga atau pokok hijau, 
54. Berkebun/bertanam sayur, 
55. Bermain dengan haiwan kesayangan, 
56. Cari kumpulan sokongan yang positif
57.Terapi Aroma 
58. terapi Warna, dan byk lagi. 

P/S : Jika dah amalkan semua teknik-teknik di atas tetapi anda masih juga stress, saya cadangkan supaya anda cuba dapatkan vitamin B Complex semula jadi kerana antara punca stress adalah akibat kekurangan kandungan vitamin B Complex dalam badan...LOL :-)

Moga Allah rahmati & rawat stress kita. Aameen, wassalam.

~Dato' Dr. Fadzilah Kamsah~


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/WA : 017-943 8392