Rabu, 1 Oktober 2014

Kalau Dah Berjanji,Tolonglah Tepati Masa!

Hari ni dah masuk hari ketiga saya perlu ke sekolah pada pukul 12.00 tengahari iaitu satu jam lebih awal berbanding biasa. Bila jadual lari daripada kebiasaan, mulalah kalut lebih sikit berbanding biasa.

Walaupun saya ni ibu beranak satu, bukan dua tiga atau pun empat tapi masa saya sangat pack...Percaya tak, dok rumah ni saya jangankan nak layan drama TV, nak makan pun masa kena bersukat-sukat...yelah, to do list panjang berjela, kenalah cut time selagi boleh...tapi tak pe saya suka je bizi2 macam ni sebab masa penuh terisi dengan aktiviti yang saya suka dan seronok nak buat :-)


Hari pertama, saya terlibat dengan perjumpaan sempena Majlis Hi-Tea Badan Pengawas Sekolah saya. Perjumpaan dijadualkan bermula pukul 12.00 tengahari... tapi hanya boleh dimulakan setelah jam menunjukkan pukul 12.20 p.m. Saya dah tercongok di tempat kejadian dalam 10 minit sebelum perjumpaan dijadualkan bermula...sometimes somehow macam tak ada masalah pun kalau dah terbiasa. 

Hari kedua pula, saya tercongok menunggu taklimat yang sepatutnya bermula pada jam 12 tengahari, saya terpaksa menunggu selama 30 minit. Dalam hati geramlah jugak kan...sebab asyik terkena jer. Saya ni pulak, kalau berjanji tak suka nak lewat-lewatkan masa. Seboleh-bolehnya saya cuba untuk tepati masa perjumpaan yang ditetapkan...




Hari ketiga, penantian berlaku seperti hari-hari sebelumnya...aduh, seriknya saya...

Mungkin bagi orang lain, masa yang terbazir tidak ada apa-apa yang pelik....biasa jer...bagi saya, banyak yang boleh saya buat dalam masa 30 minit tu...so, plissss tolonglah tepati masa. Kesian sangat dengan orang yang terpaksa membuang masa berharga mereka akibat sikap kita yang tidak menepati masa. 


Sekian.

June Mohd.

0 comments:

Catat Ulasan