Assalamualaikum!
Selamat pagi semua, hari ini saya bersiaran dari Penang. Petang semalam sampai dan kami memilih untuk menginap di USM Guest House atau lebih dikenali dengan Rumah Tamu USM. Suami saya ada tennis selection for IMT-GT sukan yang melibatkan kerjasama 3 negara iaitu Indonesia-Malaysia-Thailand, so stay dalam USM lagi mudah dan memudahkan kerja beliau.
Kali terakhir saya ke Penang adalah pada bulan Disember 2012. So, rasa excited la pulak coz dah lama tak ke sini. Dua tahun lepas, Faris pun kecil lagi. Macam sekarang, Faris dah besar. So, senanglah sikit nak bergerak. Bagi arahan pape pun dia dah faham. Senang nak mintak tolong.. Part ni la yang paling best bila anak dah besarkan ;-)
Malam tadi saya berkesempatan untuk makan di Sani Char Kuay Teow yang glamour itu. Alhamdulillah, rasanya tak jauh beza berbanding yang saya makan sebelum ini. Macam tak cukup sepinggan jer malam tadi. Nak tambah lagi, seganla pulak walau pun dengan suami sendiri :-).Sabar jelah kan..
Pagi-pagi ni kami tak sempat nak break fast coz encik Suami ada game pagi-pagi. Kami break fast dengan roti jelah di bilik. Macam saya, of courselah ESP jadi pilihan. Bagus untuk diet coz ia mengenyangkan. Lunch nanti, baru kami boleh makan besar tau. Untuk makan tengah hari, kami plan untuk makan di Kayu Nasi Kandar. kayu Nasi Kandar meruapakan antara restoran nasi kandar yang famous amos di Penang. Sampai ke malam pun, berderet-deret pelanggan beratur untuk makan kat situ. Wah..tak sabar nak merasa
cuba tengok foto di bawah ni. Cukuplah sekeping gambar untuk menceritakan segala...apa yang saya buat hari ni macam terbalik je kan..inilah antara contoh diet yang salah tapi sering sangat kita buat...lepas tu mulalah risau bila badan tak de shape ke apa kan...kepada sesiapa yang nak diet, sila jangan tiru cara ini OK.
Pepatah Inggeris ada mengatakan :
Boleh tak kita buat macam tu..Kalau semua rakyat Malaysia mengamalkan 'dinner like a pauper', rasanya takkan ada kot restoran yang buka 24 jam sehari. Negara kita ni mewah sangat dengan makanan. Kita sendirilah yang harus bijak memilih hanya yang terbaik untuk diet dan kesihatan kita dan keluarga. Kalau tak, nak harapkan siapa lagi...betul tak?
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga >_<.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set slimming Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :
June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221
0 comments:
Catat Ulasan