Ahad, 4 Mei 2014

Dish Wash Shaklee Penyebab Alahan dan Tangan Jadi Sensitif?

Sejak sekian lama berkenalan dengan Shaklee, saya telah mencuba produknya satu per satu. Sehingga kini saya telah & pernah mencuba hampir 85% daripada produk Shaklee yang ada. Apa yang saya rasa? Best sangatlah tu kan...hahah! Dan kalau korang nak tahu, saya makin jatuh cinta dengan satu lagi home care Get Clean set Shaklee iaitu Shaklee Dish Wash.


Kalau sebelum ni memang rasa malas sangat nak sental periuk belanga, pinggan mangkuk serta cawan-cawan plastik, tapi semenjak berkenalan dengan Dish Wash Shaklee, segalanya menjadi mudah. Saya ni jenis suka buat kek. So, bila nak tanggalkan kesan 'butter' pada mixer saya tu kini dah tak jadi masalah lagi. Zaman-zaman sebelum kenal dengan Shaklee Dish Wash dulu, saya terpaksa rendam bekas adunan kek dengan air suam untuk menghilangkan kesan berminyak. Lecehnya lah...Lagi satu, nak tunggu mood untuk cuci peralatan tu pun satu hal...ada jugak la bekas-bekas yang bertimbun dalam sinki tu karang...isk isk isk..!


Suatu hari, entah macam mana saya boleh terbuka hati untuk mencuba pencuci pinggan Shaklee ni.. Masya Allah! Kali pertama mencuci pinggan mangkuk menggunakan Shaklee Dish Wash, saya terasa bagaikan mempunyai 'pembantu' yang sangat memudahkan kerja cucian saya. Mana tidaknya, kotoran seperti minyak dan lemak degil mudah tanggal dan hilang dengan begitu sahaja. Ia juga sangat menjimatkan penggunaan air kerana kesan sabun yang sangat mudah dihilangkan dengan sekali cucian sahaja. Tak perlu dibilas berkali-kali! Sesuai  untuk korang gunakan di musim-musim kemarau ni kan? Air pun dah tahap bercatu-catuan tu..

Tapi ada jugak, orang yang mengalami healing crisis selepas menggunakan pencuci pinggan Shaklee. Kulit jadi  sensitif, kering dan sedikit menggelupas. Saya juga pernah alami perkara sebegitu. Tapi, dek kerana suka sangat dengan Shaklee Dish Wash ni, saya terus amalkan juga. Tak lama selepas tu, tapak tangan saya menjadi semakin lembut dan kesan sensitif pada tangan tiada lagi! Mungkin juga disebabkan tindak balas bahan kimia daripada sabun pencuci pinggan yang saya dah gunakan bertahun-tahun sebelum ini, maka tangan saya memberikan kesan menggelupas setelah beberapa kali menggunakan Shaklee Dish Wash...tapi korang janganlah takut pula nak try Shaklee Dish Wash ni. Rugi sangat kalau tak pernah cuba. Trylah dulu walau sekali. Dannnn....korang pasti kagum dengan keberkesanannya. Sekarang ni pun, ibu dan beberapa orang ahli keluarga saya telah bertukar kepada Shaklee Dish Wash...Review mereka pula? Subhanallah...mereka suka dan tak mungkin menukar jenama pencuci pinggan yang lain lagi dah....

Apa tunggu lagi, jom dapatkan Shaklee Dish Wash untuk anda @ isteri @ orang rumah @ orang dapur kesayangan korang hari ini jugak. Together we make differences and live happily ever after. Hahahahh... Hanya wanita je yang tau betapa heaven nya bila dapat mencuci pinggan mangkuk yang bertimbun selepas makan malam dengan mudah. Banyak masa dapat dijimatkan. So, lebihan masa yang ada bolehlah diluangkan masa bersama keluarga. Betul tak?

Dapatkan Shaklee Dish Wash anda hari ini jugak! Hanya RM28 untuk kegunaan yang tahan sehingga berbulan lamanya. ( Bergantung terhadap jumlah cucian yang dibuat).

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

0 comments:

Catat Ulasan