Alhamdulillah, semalam saya berpeluang untuk menonton rancangan Halaqah di TV9. Rancangan ini bersiaran setiap hari Jumaat pukul 9.30 malam. Sambil-sambil siapkan Faris sebelum tidur, saya luangkan masa mendengar ceramah bertajuk Nikmat Kubur. Bila sebut pasal kubur, sedikit sebanyak kita akan berasa lain macam je kan? Dan, tak ramai orang yang seronok apabila diajak berbicara tentang kematian. Sedangkan, kita semua adalah BAKAL JENAZAH. Yes, saya tak salah tulis. Itulah hakikat yang patut kita terima.
Kalau setiap daripada kita sentiasa mengingati kematian, tak de kot orang yang nak buat jahat. Nak mengumpat, mengeji, mengata orang pun tak sanggup lagi dah...manalah tahu, tengah sedap-sedap dok mengumpat tu, tiba-tiba datang malaikat maut nak cabut nyawa kita....agak-agak berani ke nak mengumpat orang lagi? Dunia pun akan lebih aman coz tak de lagi perompak, pencuri, pembunuh dan sebagainya. Yelaaaa, sume dah ingat mati. Mana sempat nak buat jahat lagi kan?
Berbalik kepada topik di atas, nikmat kubur hanya akan dapat dirasa oleh orang-orang yang soleh. Orang-orang yang beriman dan bertakwa pasti akan dapat menikmati kemanisan semasa berada di alam barzakh lagi. Kubur mereka bercahaya dan luas, siap ada bidadari lagi yang menemani. Subhanallah...saya tak pandai nak terangkan panjang lebar. Semalam ustaz ada kongsikan cara untuk mendapatkan nikmat kubur.
Antaranya adalah dengan menjaga solat. Qadhalah solat dan puasa yang kita pernah tertinggal. Sentiasa beristighfar sekurang-kurangnya 100x setiap hari. Selain itu, kita juga digalakkan untuk menyebut Lailahaillah dan berselawat sebanyak 100x setiap hari. Jika susah sangat nak amalkan, cubalah pilih satu amalan contohnya membaca surah Al-Mulk setiap malam sebelum tidur. aIstiqamahlah, dan Insya Allah malan ini akan menjadi teman kita di dalam kubur nanti.
Key word di sini ialah, sentiasa buat baik kepada sesiapa sahaja dan ingatlah Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan. Insya Allah, mulia di dunia & kita juga akan dimuliakan di akhirat kelak. Tak susah pun nak jadi baik...betul tak kawan-kawan?
# Entry ini bukan nak tunjuk yang saya ni baik sangat. Sekadar perkongsian apa yang saya tahu. Semoga ada yang mendapat manfaat daripadanya.
0 comments:
Catat Ulasan