Salam ceria! Selamat berhujung minggu semua :-) Apa agaknya aktiviti korang di hujung-hujung minggu macam ni ya? Agaknya kalau yang bujang dan yang belum ada anak tu seronoklah dapat bangun lewat sket berbanding hari biasa...but of course la bangun lewat coz sambung tidur selepas solat Subuh kan? Takkanla tidur sampai tuang waktu solat pulak...>_<
Macam saya, biasanya hujung minggu saya akan menghabiskan masa di kampung atau pun pulang ke rumah kami di Pengkalan Chepa. Tapi, minggu ini saya mengambil keputusan untuk 'stay' di rumah sewaan kami. Tak larat rasanya nak berulang-alik sejauh 300 km setiap minggu. Mengukur jalan jer kejenye..Penat beb! Lagi pun hujung minggu depan kami akan pulang lagi...dan sememangnya kami dah tak sabar-sabar lagi menantikan detik itu! Macam dah sebulan tak balik rasanya...phewww.
Memandangkan kami dah lama tak 'stay' di Gua Musang pada hujung minggu, jadi dua hari ni terasa panjang yang amat...boringnya lahai..tak tau nak buat apa. Mujurlah pagi semalam ada customer repeat order dan nak COD, jadi dapatlah kami keluar melawat kawasan..ehehee..
Dan, kebetulan pula Faris' most favourite Aunty, Cik E pun tak balik...so, petang semalam kami habiskan masa dengan keluar ke bandar untuk 'makan angin'...yehaa! Maka terisilah masa lapang kami dengan aktiviti2 yang sungguh berfaedah. hihihhh..
Sebelum sampai ke bandar Gua Musang. Terpesona dengan keindahan pemandangannya..
Tak de teman yang sama 'berat'.. So, terpaksalah Cik E dok kat tengah2 tu..
Macam kurang sesuai jer awak naik benda alah ni Faris oit...
Tasik Rekreasi Gua Musang..ingat nak naik 'kura-kura'..tapi tak muatla pulak kalau bertiga. Next time la kot..
Itu cerita semalam. Hari ini, Mama & Faris main sorok-sorok kat dalam rumah jer..hahahaaa...OKlah tu. Pandaila jugak Faris mengira walau pun ada yang tunggang terbalik. Kihkihkihhh...
P/S : Tak sunyi kot tinggal berdua dengan budak mulut banyak ni.. Terima kasih ya Allah. Faris merupakan anugerah terindah dalam hidupku...semoga Faris membesar & jadi anak yang soleh. Amin...
**** Kalau nak beli Shaklee pls contact me..
June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221
0 comments:
Catat Ulasan