Isnin, 3 Februari 2014

Kepentingan Asid Folik kepada Wanita yang nak Hamil

Setiap pasangan yang baru berkahwin sememang begitu teruja untuk mendapatkan cahaya mata sendiri. Namun, tidak semua yang bernasib baik untuk hamil selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga. Ada yang terpaksa menunggu sehingga berbulan-bulan malah bertahun-tahun lamanya.

Baru-baru ini, saya dihubungi oleh seorang rakan lama yang telah berkahwin selama enam bulan. Beliau begitu mengimpikan untuk hamilkan anak sendiri seperti wanita-wanita yang lain. Jadi, rakan saya bertanya, perlu tak dia amalkan ASID FOLIK sebelum hamil?

Sebenarnya, asid folik merupakan vitamin yang PALING PENTING untuk diamalkan oleh wanita yang sedang hamil.Terdapat banyak kajian yang dijalankan telah menunjukkan asid folik sangat penting untuk perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan. Asid folik sangat elok diamalkan sebelum seseorang wanita itu hamil lagi. Namun, malangnya ramai wanita tidak tahu bahawa pengambilan asid folik perlu dilakukan seawal tiga bulan sebelum mengandung.

Ini kerana asid folik dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil neural tube defect atau NTD. Mengikut kajian, pengambilan asid folik membantu mencegah kecacatan ini sebanyak 50 peratus sehingga 70 peratus daripada berlaku. 

Asid folik juga sangat penting untuk pembinaan sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang manakala satu kempen pernah dijalankan di Amerika Syarikat untuk memberikan kesedaran kepada wanita mengenai kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu hamil. 

Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan diperkaya dengan asid folik atau dengan pil asid folik. Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 mikrogram atau 0.4 miligram setiap hari pada dua hingga tiga bulan sebelum merancang hamil dan ketika hamil. 

Sumber asid folik juga boleh diperoleh daripada makanan barli, daging lembu, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin. 

Tapi, jika anda inginkan suplemen Shaklee yang mengandungi asid folik, bolehlah dapatkan B Complex dan Vita-Lea. Kedua-dua produk ini sangat bagus dan mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita. Jom kenali kedua-dua produk yang terbaik ini.

Kedua-dua B Complex dan Vita-lea (Multivitamin) Shaklee ini mengandungi 200mcg Asid Folik. Bagi penjagaan kesihatan harian, pengambilan kedua-dua produk ini amat disyorkan. Kita memerlukan tubuh badan yang sihat supaya dapat menjalani proses kehamilan dengan lebih sempurna.

Sebagai kesimpulannya, amalkanlah pengambilan asid folik 3 bulan sebelum merancang untuk hamil supaya mendapatkan kesihatan yang optimum untuk ibu dan bayi dalam kandungan.

Hubungi saya untuk mendapatkan suplemen yang mengandungi asid folik semula jadi sekarang. Terbukti berkesan untuk menyelesaikan masalah anda. Insya ALLAH :-)

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/WA : 017-943 8392 | ID : 891221

0 comments:

Catat Ulasan