Jumaat, 15 November 2013

Tips Mudah untuk Atasi Stress

Assalamu'alaikum sahabat yang tersayang. Apa khabar hari ini? Bagaimana dengan mood anda...adakah ceria, gembira atau tertekan dan stress? Jangan risau jika kita sedang berduka atau tertekan. Itu tandanya kita masih waras...hehee.. Semua orang yang normal pasti mengalami stress. 
Cuma orang yang GILA saja yang tak pernah rasa stress.... hah? Macam tu ke...



Antara punca stres: 

1. cuai tentang ibadah
2. hati yg kotor
3. tak sabar 
4. terlalu mementingkan kesempurnaan
5. perisau (semua benda nak fikir)
6. terlalu nak jaga hati orang, 
7. terlalu cerewet
8. kabur & tak pasti apa nak buat, tiada matlamat hidup 
9. tiada coping skills, 
10. kesihatan terganggu, etc

 Antara cara nak kawal stress : 

1. Solat, zikir dan selawat
2. Baca al Quran /kitab agama,
3. Hidupkan sunnah,
4. Maafkan semua kesilapan orang lain, 
5. Bersedekah, 
6. Ingatkan mati, 
7. Tidur yang cukup, 
8. Bangun tidur secara konsisten, 
9. Bertenang sebelum tidur, 
10. Elak risau sebelum tidur, 
11. Kawal alat elektronik, 
12.Tilam yang sesuai, 
13. Qoilullah (tidur sebentar sebelum zohor), 
14. Mulakan hari dengan senyum & doa, 
15. Peluk bayi, 
16. Kegiatan riadah atau bersukan, 
17. Mengawal diet, 
18. Membelai org tersayang selalu, 
19. Jadi orang baru, 
20. Senyum selalu, 
21. Urut mengurut,
22. Mandi air suam, 
23. Ceritakan masalah kepada orang lain/ kaunselor,
24. Tengok ikan dalam akuarium, 
25. Menangis, 
26. Tukar skrip, bisikan kendiri, 
27. Lebih tegas (asertif), 
28. Tukar imej diri dan tingkat harga diri, 
29. Pernafasan yang sempurna, 
30. Bercerita dan mendengar cerita,
31. Bercuti/ berehat/ bersantai, 
32. Menjerit di tempat yang 'private‘,
33. Bernasyid/qasidah/ menyanyi, 
34. Muhasabah diri, 
35. Melihat pemandangan atau sesuatu yang menarik dan tenang, 
36. Mendengar muzik, deruan ombak, bunyi burung dan sebagainya,
37. Beruzlah (berkhalwat),
38. Bersikap positif terhadap orang lain dan sayangi semua orang, 
39. Nilai semula pegangan dan keutamaan, 
40. Sentiasa redha dan bersyukur, 
41. Minta bantuan pakar/ ulama, 
42. Menonton/ membaca kartun,
43. Perbaiki komunikasi, 
44. Berterusan berdoa, 
45. Dengar ceramah motivasi & ceramah agama, 
46. Hiasan yang berbunyi bila ditiup angin (wind chimes),
47. Minum air masak lebih kurang 2 liter sehari, 
48. Letak gambar belakang pintu, 
49. Gambar dalam dompet/beg tangan, 
50. Gambar atas meja, 
51. Momento kenangan manis, 
52. Buka tingkap (untuk udara/ cahaya/ bunyi burung), 
53. Lihat bunga atau pokok hijau, 
54. Berkebun/bertanam sayur, 
55. Bermain dengan haiwan kesayangan, 
56. Cari kumpulan sokongan yang positif
57.Terapi Aroma 
58. terapi Warna, dan byk lagi. 

P/S : Jika dah amalkan semua teknik-teknik di atas tetapi anda masih juga stress, saya cadangkan supaya anda cuba dapatkan vitamin B Complex semula jadi kerana antara punca stress adalah akibat kekurangan kandungan vitamin B Complex dalam badan...LOL :-)

Moga Allah rahmati & rawat stress kita. Aameen, wassalam.

~Dato' Dr. Fadzilah Kamsah~


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/WA : 017-943 8392

0 comments:

Catat Ulasan