Kepentingan Omega 3 DHA dan EPA
Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber, mineral, dan vitamin.Terdapat beberapa jenis lemak yang perlu di ambil oleh kanak-kanak demi pembentukan minda dan fizikal yang optimum. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, si kecil memerlukan kandungan lemak seperti linoleik asid dan alpha - linolenik asid yang juga dikenali sebagai asid lemak perlu. Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil dari makanan. Hal ini kerana, badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri. Kedua-dua kandungan ini boleh di dapati daripada lemak sayuran serta produk tenusu seperti susu. Alpha - linolenik asid akan ditukarkan kepada Omega - 3 yang juga amat penting dalam membantu otak kita berfungsi secara normal.
Comelnya kucing, tak sampai hati pulak nak makan...
Selain itu, contoh Omega – 3 yang lain ialah seperti EPA (Eicosapentanoic asid) dan DHA (Docosahexanoic asid). Jika dilihat pada label pemakanan, kita akan lebih mudah mendapati kandungan DHA terutamanya pada produk susu kanak-kanak. Hal ini kerana kandungan berkenaan amat penting dalam pembentukan otak kanak-kanak.
Omega - 3 dan 6 juga turut menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara salah satu bahan yang terdapat di dalam kumpulan eicosanoids adalah prostaglandins. Prostaglandins adalah bahan yang amat penting kepada badan manusia. Di dalam buku “Omega 3 oils – A practical guide” turut menyediakan maklumat penting mengenai peranan prostaglandins antaranya seperti:
- Sistem imun badan –terutamanya di dalam tindak balas alergik.
- Sistem pencernaan – mengawalatur sistem pencernaan perut.
- Membaik pulih sel – pembentukan sel-sel baru.
- Suhu badan – Memastikan suhu badan manusia normal.
- Tekanan bendalir – pada bahagian mata dan telinga.
Kesimpulannya, untuk perkembangan kanak-kanak yang optimum, ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak untuk mengambil makanan dari pelbagai sumber makanan demi mendapat khasiat yang seimbang. Contohnya, makanan yang kaya dengan Omega 3 adalah minyak soya, ikan jenis laut dalam, minyak ikan kod, telur ayam (kaya dengan omega 3), kekacang.. Akan tetapi, masalah kekurangan Omega 3 dalam diet harian boleh dibantu dengan pengambilan supplemen Omega Guard yang lengkap dgn DHA dan EPA. Jom dapatkan khasiat Omega Guard Shaklee untuk buah hati anda sekarang.
June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/WA 017-9438392
maklumat yang berguna nie ..terima kasih sharing :)
BalasPadam