Alhamdulillah...kini telah ramai ibu yang memilih untuk menyusukan bayi mereka dengan susu badan sendiri...namun, adakalanya penghasilan susu badan yang tidak sebanyak mana agak mengecewakan....ibu- ibu hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan sebelum kelahiran bayi lagi..ini adalah untuk memastikan kita lebih bersedia untuk menangani masalah yang mungkin timbul selepas kelahiran bayi.. Di sini saya ingin kongsikan tips untuk mengelakkan susu badan berkurangan semasa dalam waktu pantang.
1) Fahami konsep perut bayi hanya sebesar guli di awal
kelahiran.Memang cukup susu yang kita hasilkan walaupun
tak memancut- mancut.
tak memancut- mancut.
2) Fahami konsep bahawa susu ibu sangat mudah untuk
dihadam. Sebab itulah bayi cepat meminta susu dan kerap
sangat menyusu. Bukan bermakna susu anda tidak cukup
atau pun bayi tidak puas menyusu.
3)Fahami konsep 'supply and demand'. Bila bayi ingin
menyusu, teruslah susukan bayi comel. Usahlah
bertangguh- tangguh. Selepas bayi selesai menyusu, pam
payudara untuk memastikan bahawa payudara anda
betul-betul kosong. Apabila payudara anda betul- betul
kosong, otak akan menerima signal untuk cepat- cepat
hasilkan susu semula.
4)Jika bayi yang baru lahir terus tidur (ni biasa fenomena
untuk bayi yang ibu ambil epidural semasa bersalin, atau
bayi yang terkena jaundice yang teruk), ibu perlu memerah
susu, dengan menggunakan kaedah Marmet. Kenapa
kaedah Marmet (perahan tangan) yang dicadangkan?
Salahkah jika susu diperah dengan menggunakan pam?
Kaedah Marmet dicadangkan kerana rangsangan terbaik
untuk payudara adalah yang pertama, dari bayi sendiri.
Kedua melalui kaedah Marmet (perahan tangan), ketiga
barulah menggunakan pam yang dibeli. Perah, simpan dan
susukan apabila bayi terjaga.
5) Jangan sesekali kenalkan bayi anda dengan susu formula.
Ia akan mengganggu rutin dan penerimaan bayi terhadap
susu ibu. Macam saya, saya tidak menyimpan susu formula
di rumah untuk mengelakkan bayi diberi susu formula
apabila susu ibu dirasakan tidak berapa cukup untuk bayi.
Jangan lupa, perut bayi yang baru lahir, hanya sebesar biji
guli...wah, sangat kecil dan comel bukan ;-)?
6) Jangan kenalkan botol susu terlalu awal. Kalau tak boleh
langsung nak susukan bayi secara direct, guna kaedah
"spoon feeding", iaitu kaedah memberi susu kepada bayi
menggunakan sudu. Ini untuk mengelakkan "nipple
confusion".
7) Sentiasa bersyukur dengan susu badan yang
dihasilkan..tidak kira banyak atau sedikit, bersyukurlah pada
Allah..nescaya hati anda lebih tenang dan susu akan
bertambah apabila anda tidak terlalu stress memikirkan stok
susu untuk bayi anda...
Cubalah semua tips di atas...semoga ianya bermanfaat untuk
ibu yang berniat untuk menyusukan bayi anda secara
eksklusif :-) Tahniah kerana telah membuat pilihan yang
terbaik untuk bayi comel anda..
0 comments:
Catat Ulasan