Khamis, 2 Oktober 2014

Cuti-cuti Aidiladha...

Hari ni saya terpaksa bercuti kerana ada beberapa urusan di bank pagi-pagi tadi. Sambil tu sempat juga saya hantar barang kepada customer yang urgent nakkan suplemen. Vitamin beliau dah habis, kalau nak pos tentunya lambat sampai coz minggu depan Pos Laju dah mula bercuti sempena hari Raya Aidiladha...

Selepas itu, terus berkejar ke KFC kerana Encik Faris sudah agak  kelaparan. Almaklumlah, Faris bangun awal pagi dan tak sempat nak breakfast pape...kat kedai ayam goreng tu, siap minta kentang yang ada sos kuning tu...hihihihh..nak sebut cheesy wedges tak pandai lagi..apa-apa jelah nak. Kami makan set dinner plate yang ditambah dengan milo ais dan 2 set cheesy wedges...ayam tiga ketul juz nice untuk kami berdua...kalau lebih, sure tak habis nak makan coz naik muak...ayam goreng ni kalau makan waktu panas-panas jer best...memang menjilat jarilah jawabnya :p

Dah habis makan kami bergegas pulang...jauh lagi perjalanan kami sebenarnya. Jarak perjalanan hampir 200km jugak untuk sampai ke kampung Mak Tok Faris. Pukul 12.00 gerak, pukul 3.00 petang baru kami tiba di kampung. Itu pun dah kira cepat kot sebabnya tak banyak lori balak yang menghalang perjalanan kami....sempatlah lagi kami lunch di kampung...

Sebelah malamnya pula, kami menggoreng dan mengasingkan kulit kacang tanah secara berjemaah untuk dibuat kuah nasi impit raya nanti...semangat kan? Dah settle kerja di dapur barulah terasa kepenatan meredah jalan raya siang tadi.....esok kena bangun awal-awal pagi untuk ke pasar....Encik Papa nak pulang, haruslah kami masak sedap-sedap sikit...ye tak :p

P/S : Sebelum tidur nak kena tulis Jurnal Kesyukuran dulu...banyak perkara yang boleh kita syukuri setiap hari...tulis, jangan tak tulissssss!

Sekian.

June Mohd.

1 comments: